Seperti yang dapat kita lihat pada masa kini, masalah berkaitan dengan dadah amat sukar dibendung. Ia menjadi antara salah satu masalah negara yang paling membimbangkan.

Terdapat pelbagai sebab mengapa dadah disalahgunakan. Golongan muda gemar berpesta dengan melibatkan dadah manakala banyak individu menggunakan dadah sebagai cara mereka untuk mengubati diri sendiri.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 8 sebab utama mengapa seseorang menyalahgunakan dadah. 

1. Rekreasi

penggunaan dadah secara rekreasi

Pada masa kini, orang menggunakan alkohol atau dadah terlarang ketika melepak bersama-sama rakan-rakan mereka atau untuk "menenangkan diri" mereka dari hari yang sangat meletihkan.

Ia kebanyakannya dilihat bahawa dadah boleh menjadi satu cara untuk bersantai dan mententeramkan minda mereka.

Pengguna dadah rekreasi boleh berisiko untuk menjadi ketagih jika mereka kerap menggunakannya atau mengambil dalam dos yang tinggi.

2. Rasa ingin tahu

rasa ingin tahu buatkan remaja ambil dadah

Kita semua tahu bahawa "rasa ingin tahu" mendorong orang untuk mencuba sesuatu seperti ganja dan alkohol, lebih-lebih lagi golongan remaja.

Menurut NIDA atau Institut Kebangsaan Penyalahgunaan Dadah, mereka berkemungkinan besar akan mempunyai masalah penggunaan bahan terlarang ini.

3. Merawat diri sendiri

mengubati diri sendiri menggunakan dadah

Orang yang bergelut dengan sesetengah penyakit mungkin mempunyai idea untuk menggunakan dadah atau alkohol untuk meringankan rasa sakit yang mereka alami.

Penyakit kesihatan mental dan kesakitan jangka panjang boleh menyebabkan mereka mencari penyelesaian tanpa preskripsi doktor.

Dadah, alkohol dan bahan lain boleh mengurangkan gejala kesakitan dan juga boleh menjadi jawapan jangka pendek.

4. Dadah preskripsi

dadah preskripsi

Kita semua percaya bahawa apa-apa ubatan yang diberikan kepada kita oleh doktor adalah sentiasa selamat.

Tetapi sayangnya, tidak semuanya benar. Doktor menetapkan ubat-ubatan untuk melegakan simptom penyakit atau menghalangnya daripada menjadi lebih teruk.

Dos, jumlah dan masa yang sesuai harus dipatuhi. Walau bagaimanapun, banyak individu tidak mengetahui atau tidak memahami sepenuhnya risiko mengambilnya dengan cara yang salah.

Kesakitan jangka panjang kebanyakannya dikawal oleh rawatan opioid, dan ini sangat ketagihan. Sekiranya seseorang bergantung kepada jumlah yang digunakan dan dengan faktor lain, dia boleh mendapatkan detoksifikasi perubatan untuk mengelakkan penggunaan candu.

Juga, bagi mereka yang mengalami kemurungan dan kegelisahan, mereka mungkin diberikan ubat-ubatan yang boleh menyebabkan ketagihan.

5. Sejarah keluarga

sejarah keluarga dadah

Sejarah keluarga mungkin menjadi faktor yang membuatkan seseorang itu terdedah menjadi ketagihan dadah. Ia boleh berkembang dalam kecenderungan genetik.

Dianggarkan di antara 30% hingga 70% dalam faktor risiko seseorang untuk menjadi bergantung kepada dadah dikaitkan dengan genetik dan keadaan sosial yang lain.

6. Kesepian

kesepian

Ketagihan terhadap dadah atau alkohol mungkin bermula apabila individu tertentu merasa sendirian atau kesepian.

Mereka cenderung menggunakan dadah agar mereka berasa gembira dan melepaskan perasaan kesepian yang mereka simpan.

Orang yang menggunakan dadah adalah orang yang kurang berinteraksi secara positif setiap hari tanpa sokongan sosial dan berpaling kepada dadah untuk menjadikan mereka bahagia.

7. Pengaruh rakan sebaya

pengaruh rakan sebaya dadah

Tekanan dan pengaruh rakan sebaya biasanya berlaku kepada golongan remaja remaja.

Pengaruh dari rakan-rakan dan keperluan untuk menyesuaikan diri dalam kumpulan memerlukan mereka melakukan atau mengambil bahagian dalam beberapa aktiviti yang berbahaya, yang mana salah satunya menggunakan dadah.

Terlibat dengan mereka yang menggunakan dadah boleh mendorong individu untuk terpalit dengan masalah ini dan melakukan tindakan yang tidak dapat diterima hanya untuk menunjukkan kesetiaan.

8. Penyakit tekanan mental

penyakit tekanan mental buatkan seseorang mengambil dadah

Kegelisahan, gangguan tekanan pasca trauma dan kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang biasa yang mempunyai peluang untuk memperoleh ketagihan.

Menggunakan ubat-ubatan untuk menangani perasaan keras itu mungkin membantu untuk memudahkan mereka walaupun ini boleh menyebabkan beberapa kesan negatif kepada tubuh badan.

Rawatan tanpa dadah sentiasa tersedia untuk beberapa penyakit kesihatan mental. Adalah lebih baik untuk meminta beberapa rawatan alternatif daripada doktor, berbanding memanjakan diri anda dengan dadah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)