Oleh pada 25 Mar 2023 kategori

Setiap kali tiba bulan Ramadan, masyarakat Islam di seluruh dunia akan menjalankan ibadah berpuasa selama sebulan. 

Ibadah yang dianggap wajib atau compulsory ini memerlukan seorang Muslim menahan diri dari makan dan minum ketika terbitnya fajar matahari sehinggalah terbenamnya semula matahari.

Dalam erti kata lain pergerakan bumi dan kedudukan matahari yang mewujudkan pergerakan siang dan malam, menjadi penentu tempoh berpuasa di semua lokasi bumi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimana pula agaknya sekiranya ada di kalangan masyarakat Islam menetap di kawasan yang mataharinya langsung tidak terbenam, menjadikan sepanjang hari mereka mengalami waktu siang.

Takkanlah mereka kena berpuasa 24 jam tanpa henti? Ini penjelasannya.

Pengalaman duduk di kawasan tiada malam

midnight sun fenomena unik ibadah puasa

Berikutan paksi bumi yang sedikit condong serta pergerakan orbitnya mengelilingi matahari, akan berlaku satu fenomena aneh (bagi kita) yang didefinisikan sebagai 'matahari malam' atau midnight sun.

Fenomena unik ini pula boleh berlaku untuk satu tempoh panjang di setengah kawasan tertentu, menyebabkan lokasi tersebut menerima cahaya matahari melebihi 24 jam setiap hari, kadangkala kekal sedemikian berbulan lamanya.

Dua lokasi utama paling ekstrim mengalami fenomena ini iailah iaitu Bulatan Artik yang terletak di kutub utara dan Bulatan Antartika yang terletak di kutub selatan.

Selain dua kawasan itu, beberapa kawasan berhampiran dalam negarayang terletak di bahagian paling utara bumi seperti di Yukon di Kanada, Svalbard di Norway, Murmansk di Russia dan beberapa kawasan lain turut berhadapan fenomena serupa.

Secara purata kawasan yang terlibat akan mengalami waktu siang daripada 2 ke 4 bulan bulan berbeza mengikut kedudukannya. Svalbard di Norway sebagai contoh, dilaporkan mengalami fenomena matahari malam bermula 20 April hingga 22 Ogos setiap tahun.

Penduduk kawasan itu tidak akan menyaksikan malam hampir 4 bulan lamanya.

Selain dikenali dengan nama midnight sun, fenomena ini turut sama boleh digelar sebagai polar day. Lawan kepada fenomena ini adalah 'malam polar' atau 'polar night', di mana kawasan-kawasan di kutub utara dan selatan serta kawasan sekitarnya menjalani waktu malam panjang melebihi 24 jam.

Adakah ada komuniti Muslim di kawasan terlibat? 

kawasan tanpa waktu malam

Selain ibadah puasa, ibadah solat juga menjadi sukar disebabkan ketiadaan pergerakan matahari dan isu ini menimgulkan perbalahan, sehingga memecah belahkan komuniti Islam di sana.

Kita bincangkan topik ini sebentar lagi.

Kumpulan-kumpulan kecil masyarakat Islam yang tinggal di Artik, Sweden, Norway, Finland, Russia dan sebagainya harus mempunyai solusi kepada masalah ini, seandainya tarikh bulan Ramadan jatuh dalam tempoh fenomena matahari malam berlangsung.

Ada dua cara yang mereka amalkan berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan.

Pertama, mereka akan menjalankan ibadah baik solat dan puasa berdasarkan kepada waktu negara bermajoriti Islam yang terdekat, selalunya dirujuk kepada Turkiye.

Solusi kedua, mereka  menjalankan ibadah wajib mengikut waktu yang diamalkan di Mekah, Arab Saudi. Solusi kedua sering dijadikan pilihan dalam membentuk keseragaman sesama komuniti, ekoran status Mekah sebagai kota suci dan kiblat orang Islam.

Sekiranya di Mekah sebagai contoh waktu terbit fajar jatuh pada jam 7.00 pagi, masyarakat yang terkesan dengan matahari malam juga akan menganggap fajar mereka terbit pada jam 7.00 pagi waktu tempatan mereka.

Sekiranya di Mekah waktu Maghrib yang juga waktu berbuka puasa berlaku pada jam 7.30 malam, mereka juga akan berbuka puasa pada 7.30 malam waktu mereka.

Dari sinilah komuniti kecil orang Islam yang duduk di tempat-tempat yang kami sebutkan menganggarkan masa untuk mereka mengerjakan semua urusan ibadah.

Bertelagah kerana perbezaan pendapat

masjid midnight sun

Sebelum fatwa ini diamalkan, pegangan masyarakat Islam di sana agak berbeza dalam menyelesaikan masalah yang timbul akibat fenomena unik ini khususnya merujuk apa yang telah berlaku di Russia.

Seorang ulama' Russia bernama Abu Nasr Qursawi pada awal abad ke 19, mencetuskan kontroversi di kalangan komuniti Islam di negaranya kerana mempertikaikan pandangan ulama' lain yang berpegang kepada kaedah yang beliau katakan agak lapuk dalam menjawab persoalan berkaitan matahari malam.

Di Russia ketika era tersebut, komuniti masyarakat Islam berpegang bahawa ibadah solat dianggap tidak wajib dilakukan sekiranya perubahan siang dan malam tidak berlaku.  

Dalam isu ini Abu Nasr berpendapat pegangan sebegitu seharusnya diubah kerana ulama' sepatutnya boleh bersandarkan kepada pendapat berbeza, tanpa terus sewenang-wenangnya mengisytiharkan sesuatu ibadah yang wajib sebagai tidak perlu dilakukan hanya kerana syarat fenomena waktunya tidak dipenuhi.

Bermula daripada pertelagahan di antara Abu Nasr dengan ulama' Russia lain bukan saja dalam isu ini bahkan dalam bermacam lagi isu, idea serta pandangan Abu Nasr yang dilihat mahu memodenkan pemikiran masyarakat Islam dan membawa pembaharuan, memulakan perbincangan di kalangan komuniti Islam kecil lain yang turut terkesan isu serupa.

Melalui ceramah dan penghasilan buku yang mempopularkan idea kemodenan yang harus dianjurkan dalam memperkembangkan pemikiran masyarakat Islam Russia zaman tersebut agar tidak lagi cenderung dengan kaedah lama.

Ideologi yang dibawa Abu Nasr akhirnya berkembang menjadi satu aliran yang disambut lebih ramai pemikiran Muslim muda, sehingga dinamakan sebagai aliran Jadid.

Aliran ini memainkan peranan besar dalam revolusi masyarakat di Russia pada awal abad ke 20, sebelum mereka dipinggirkan kerajaan yang melihat pengaruh Jadid tidak lagi membawa impak yang sama seperti sebelumnya.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)