Oleh pada 09 Oct 2018 kategori

Setiap hari, umat Islam akan melafazkan beberapa lafaz mulia, bergantung kepada situasi dan keadaan hidupnya ketika itu. Walaupun majoriti antara kita sudah tahu secara asas penggunaan-penggunaan lafaz ini, tidak semua tahu apa makna di sebalik lafaz yang kita ucapkan.

Ada juga ketikanya, penggunaan lafaz yang salah disebutkan tidak kena pada tempatnya, namun sudah jadi kebiasaan sehingga menjadi ikut-ikutan orang ramai. Berikut adalah lima lafaz mulia umat Islam yang kerap disebutkan beserta maknanya. Selamat beramal!

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Subhanallah

saksikan kejadian alam lafaz muslim

Lafaz 'subhanallah' membawa makna 'maha suci Allah.' Elok diamalkan sebagai zikir setelah solat dan juga dibaca sebelum tidur. Lafaz ini digunakan ketika kita nampak sesuatu yang baik dan menggembirakan, seperti sesuatu yang unik berlaku di langit seperti fenomena aurora borealis atau gunung yang tinggi - mengingatkan kita hebatnya Allah swt. Boleh juga digunakan bagi menggambarkan kegembiraan kita tatkala melihat sesuatu keajaiban telah berlaku, seperti seorang yang dilanggar tetapi tidak cedera.

2. Astaghfirullahhalazim

dibebaskan dari penjara

Salah satu lafaz paling dianjurkan untuk kita membanyakkan sebutannya, 'astaghfirullahhalazim' atau ucapan istighfar ini adalah satu bentuk pengakuan diri sendiri terhadap dosa yang telah kita lakukan. Makna istighfar ini adalah 'aku mohon keampunan daripada Allah swt.' merupakan satu permintaan yang patut bermain di bibir kita.

Janganlah pula kita salah tanggapan dan berpendapat, lafaz ini hanya sesuai untuk disebutkan setelah kita menyedari kita sudah (atau sedang) melakukan dosa. Istighfar atau memohon keampunan dosa, merupakan salah satu perbuatan yang sangat dituntut Allah swt. dan janji Allah swt, mereka yang selalu beristighfar akan dibuka pintu rezekinya.

3. Masya Allah

lafaz masuk rumah baru

Masya Allah adalah lafaz yang disebutkan ketika kita melihat sesuatu yang hebat dan kita memuji ciptaan Allah swt. itu. Lafaz 'masya Allah' boleh membawa dua makna berdasarkan cara penterjemahannya; dengan makna yang pertama membawa makna 'inilah yang Allah swt. kehendaki' dan juga 'apa yang dikehendaki Allah swt, akan terjadi.'

Satu kesalahan yang kerap kali kita lakukan adalah kita akan melafazkan lafaz 'masya Allah' apabila berhadapan atau terlihat sesuatu yang buruk. 'Masya Allah' lebih sesuai dilafazkan ketika kita mendengar sesuatu yang baik, seperti contoh rakan yang dapat kenaikan gaji atau mendengar saudara sudah berpindah ke rumah baru.

4. Nauzubillahiminzalik

lagu bobo di mana nauzubillah

Nauzubillahiminzalik atau ada kalanya disebutkan 'nauzubillah' adalah lafaz yang kita sebutkan apabila kita terlihat sesuatu yang kurang elok, seperti bencana atau kejadian-kejadian dosa berlaku di depan mata kita.

Walaupun berlegar di internet pendapat mengatakan jangan disingkatkan penggunaan ayat ini kepada 'nauzubillah' sahaja, sebenarnya kedua-duanya tidak mengapa digunakan. Lafaz penuh 'nauzubillahiminzalik' membawa makna 'aku berlindung kepada Allah swt. daripada perkara tersebut' sementara lafaz lebih pendek 'nauzubillah' pula membawa makna 'aku berlindung kepada Allah swt.'

5. Alhamdulillah

keluarga jamal makan

Makna 'alhamdulillah' adalah 'segala puji bagi Allah.' Lafaz ini sesuai digunakan ketika kita sedang menerima sesuatu yang menggembirakan kita bagi melahirkan rasa syukur - sebagai contoh dijamu makan atau menimang cahaya mata yang baru lahir.

6. Insya Allah

pinnochio lafaz muslim islam

Lafaz paling popular setiap kali kita berjanji untuk melakukan sesuatu, lafaz 'Insya Allah' membawa makna 'jika diizinkan Allah swt.' Dinasihatkan, sekiranya hati kita memang berat hendak melakukan perkara tersebut atau sejak awal enggan memenuhi permintaan yang diajukan, usahlah kita berjanji dengan lafaz ini kerana ini samalah seperti mempermainkan peluang dan keizinan yang Allah swt. berikan pada kita.

Kena terus teranglah ya, kalau rasa tak mampu penuhi sesuatu sebelum kita berjanji mahu melakukannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)