sukan formula satu f1

Formula Satu, yang biasanya dirujuk sebagai F1, merupakan kemuncak sukan kereta global. Sukan berasaskan perlumbaan ini terdiri daripada pemandu yang bertarung dalam pelbagai trek yang terdapat di bandar-bandar utama di seluruh dunia yang dikenali sebagai Grand Prix.

Semasa perlumbaan, semua pemandu kelihatan berada dalam kedudukan yang mana dilakukan oleh kita semua ketika hendak tidur, iaitu berbaring.

Terdapat sains tertentu di sebalik mengapa pasukan F1 mengamalkan kedudukan pemanduan seperti ini dan ia berkaitan dengan "drag", satu cara untuk merendahkan tekanan dan mengekalkan pusat graviti yang rendah.

Apa itu "drag"?

kenapa pemandu formula 1 pandu dalam keadaan berbaring

Drag merujuk kepada rintangan udara yang dihadapi oleh mana-mana objek bergerak dan dalam hal ini, kereta Formula 1 tersebut.

Pasukan F1 dalam perlumbaan ini mempunyai matlamat untuk mengurangkan rintangan udara yang dialami oleh kenderaan untuk meningkatkan pecutan dan kelajuan tinggi.

Pasukan F1 peraduan ini bertujuan untuk mengurangkan rintangan udara yang dialami oleh kenderaan untuk meningkatkan pecutan dan kelajuan tertinggi.

Dalam erti kata lain, mereka berusaha untuk menjadikan kereta lebih aerodinamik dengan mengurangkan rintangan udara.

Rintangan udara merujuk kepada zarah-zarah di udara yang menolak ke arah objek yang bergerak.

perlumbaan formula satu f1

Tahap rintangan udara ditentukan oleh dua faktor iaitu kelajuan kenderaan bergerak dan luas keratan rentas. Semakin besar kelajuan atau luas keratan rentas, semakin besar rintangan udara.

Oleh kerana kereta F1 tidak boleh "mengorbankan" kelajuan, mereka terpaksa mengurangkan kawasan keratan rentas, iaitu ketinggian dan lebar bahagian depan kereta.

Seperti yang anda dapat lihat, ketinggian kereta F1 sendiri adalah tersangat rendah membuatkan kawasan keratan rentasnya jauh lebih kecil daripada kereta biasa dan membolehkannya bergerak dengan lebih pantas. 

Apabila bergerak terlalu laju, kereta F1 akan berhadapan dengan situasi di mana kereta "terangkat".

Ini disebabkan oleh perbezaan tekanan di bawah dan di atas kereta. Rajah di bawah menggambarkan daya angkat yang dialami oleh objek yang bergerak akibat daripada perbezaan tekanan yang dihasilkan oleh aliran udara yang laju.

perbezaan tekanan aliran udara

Untuk mengelakkan daya angkat ini daripada berlaku, mekanik F1 menghasilkan langkah-langkah tertentu yang dikenali sebagai downforce.

Antaranya termasuklah penggunaan sayap besar di depan dan belakang kenderaan, mencipta daya angkat negatif yang mampu mencapai 3.5 kali berat badan kereta tersebut.

Langkah-langkah ini mencapai kesan yang bertentangan dengan tujuan penghasilan sayap pada sebuah pesawat. Jika sayap pesawat direka untuk membantu pesawat untuk terbang, sayap kereta F1 pula dihasilkan untuk membantu mengekalkan kereta dengan baik di atas trek.

Memiliki ketinggian yang rendah membantu mengurangkan daya angkat dan mengekalkan kereta di atas tanah sebaik sahaja ia mula memecut.

Pusat graviti

ciri ciri aerodinamik kereta f1

Selain menjadi lebih aerodinamik, sebab lain untuk kereta berada hampir di atas tanah adalah untuk mendapatkan pusat graviti yang lebih baik.

Berada lebih dekat dengan permukaan tanah membolehkan kereta menjadi lebih seimbang apabila membelok selekoh tajam, membrek dan memecut. 

Cuba bayangkan anda dalam kereta. Apabila kereta memecut, anda akan tertolak ke balakang sebaik sahaja bahagian depan kereta ke melonjak ke hadapan.

Sebaliknya, apabila brek kereta ditekan, anda akan tertolak ke hadapan ketika kereta tertolak ke arah tanah.

Kedua-dua situasi ini membazirkan masa dan untuk mengelakkan pembaziran masa ini, mekanik F1 mengekalkan suspension kereta (sistem tayar, udara tayar, spring, penyerap hentak (absorber) di paras yang sangat rendah.

Oleh kerana kereta F1 memiliki pusat graviti yang telah direndahkan, ia dapat mengubah arah dengan kelajuan yang tinggi dan membolehkan pemandu melengkapkan pusingan dengan lebih cepat.

Hal ini tersangatlah perlu memandangkan trek F1 sangat panjang dan berpusing-pusing, serta memerlukan pemandu melakukan belokan tajam pada kelajuan tinggi.

Kedudukan pemandu kereta F1

posisi memandu bagi pelumba formula one f1

Pemandu tidak berbaring sepenuhnya, tetapi menggunakan kedudukan duduk yang lateral.

Kedudukan ini membolehkan mereka mudah mengakses pedal di dalam kereta dengan kaki mereka.

Dengan memilih kedudukan tempat duduk yang ditunjukkan dalam imej berikut, pemandu boleh dimasukkan ke dalam reka bentuk aerodinamik kereta F1.

formula one posisis berbaring memandu

Setiap tempat duduk dihasilkan dengan sempurna sesuai mengikut bentuk badan pemandu bagi memastikan bahawa tidak ada pergerakan langsung ke sisi semasa perlumbaan.

Tempat duduk ini yang dikenali sebagai bucket seat adalah sangat penting kerana pemandu terpaksa kekal dalam kedudukan dan tempat duduk ini untuk tempoh yang sangat lama.

Kedudukan kerusi ini membolehkan pemandu untuk melihat hanya sebahagian daripada pandangan di atas stereng. Oleh itu, pemandu F1 melatih naluri dan refleks mereka untuk memanfaatkan pandangan trek yang terhad.

tempat duduk kereta formula 1

Seperti dalam mana-mana sukan, Formula Satu sering dianggap sebagai sebuah perniagaan. Pasukan utama, seperti Scuderia Ferrari, dianggarkan bernilai RM4.5 bilion.

Walaupun pemandu adalah sangat penting dalam sukan ini, mekanik dan keupayaan kereta itu sendiri sering dapat mengubah keputusan akhir.

Ini menjelaskan mengapa pasukan tertentu yang melabur wang yang sangat banyak dalam penyelidikan dan pembangunan kereta mereka mampu untuk mengekalkan kemenangan selama bertahun-tahun, walaupun pemandu mereka berubah.

Sebagai contoh, pasukan Mercedes AMG Petronas F1 memenangi setiap Piala Konstruktor (pasukan terbaik F1) dari 2014 hingga 2018, walaupun pemandu mereka berubah-ubah dalam tempoh ini. 

Contoh ini menjelaskan betapa pentingnya reka bentuk asas kereta dalam kemenangan atau kekalahan seseorang dalam sukan Formula Satu.

Rujukan:

1. Autosport

2. Forbes

3. Formula 1 (1) (2)



Hakcipta iluminasi.com (2017)