Oleh pada 15 Nov 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

Umum sudah sedia maklum dengan 12 finalis lagu yang layak bertanding di Anugerah Juara Lagu Ke 32.

Beberapa lagu popular bagaimanapun tidak tersenarai, sekaligus menimbulkan kekecewaan peminat.

Antara lagu yang tidak terpilih tetapi dianggap oleh sesetengah pihak layak ke pentas berprestij tersebut termasuk lagu Mata, nyanyian Ayda Jebat.

Peminat Ayda menerusi laman Instagram rata-ratanya meluahkan rasa berang dengan penilaian juri.

Menerusi sebuah kiriman Instagram Ayda yang berbentuk motivasi telah dibanjiri dengan komen netizen yang mempertikaikan kredibiliti juri pertandingan itu.

ayda jebat bengang tak dapat masuk juara lagu 2

Kredit foto: Instagram Ayda Jebat

Malah Ayda turut membalas komen peminat dengan kenyataan yang dilihat seperti tidak berpuas hati dengan program berkenaan.

ayda jebat bengang tak dapat masuk juara lagu 3 64

ayda jebat bengang tak dapat masuk juara lagu 4

Kredit foto: Beautifulnara

Ayda adalah bintang kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia musim kesembilan, dan sebelum ini pernah popular menerusi beberapa lagu, antaranya Pencuri Hati, Nakal Nakal Nakal dan Bawaku Berkelana.




Hakcipta iluminasi.com (2017)