Oleh pada 20 Mar 2020 kategori

Kredit foto: Instagram Nabil Mahir

     

Pengacara Nabil Mahir menjelaskan tindakannya melamar Ayda Jebat merupakan sebahagian daripada kejutan yang dirancang bersempena dengan hari kelahiran pelantun Better Than You itu.

Bercerita lanjut, Nabil berkata, dia memperuntukkan masa selama sebulan untuk persiapan hari lahir Ayda yang disambut kelmarin.

"Saya dah rancang 'surprise' untuk melamar Ayda selama sebulan. Ayda memang tak tahu dan ia memang adalah satu kejutan.

"Sebelum ini, Ayda sering katakan tak ada sesiapa yang boleh membuat 'surprise' kepadanya kerana sering 'kantoi'... Akhirnya, dia sendiri terkejut dengan lamaran saya," katanya seperti dipetik Astro Gempak.

Jujurnya, kata Nabil, mereka masih belum menetapkan sebarang tarikh kahwin, namun bercadang agar ia disegerakan pada tahun ini juga.

Tambahnya, mereka berusaha untuk mengelak daripada melalui fasa pertunangan, sebaliknya mahu terus melangsungkan majlis pernikahan.

    

Baca: Biodata Pengacara Nabil Mahir

Baca: Biodata Penyanyi Ayda Jebat

    

ayda jebat kahwin

Kredit foto: Instagram Nabil Mahir

   

"Semenjak kami mula rapat, kami sudah berjumpa dengan keluarga masing-masing. Selepas saya melamar Ayda, kami memang tidak mempunyai perancangan untuk mengadakan majlis merisik atau bertunang.

"Kalau boleh, saya sendiri mahu terus bernikah dan mengadakan majlis berkahwin tetapi tarikhnya masih belum difikirkan lagi.

"Kalau boleh saya mahu langsungkannya tahun ini juga. Tetapi, semuanya masih belum pasti lagi dan kami akan berbincang dengan keluarga terlebih dahulu," katanya.

Terdahulu, bekas hos program infotainment HLive! itu menamatkan perkenalan beberapa bulan dengan Ayda dengan bertindak melamarnya.

    

Sumber: Tak Ada Plan Untuk Merisik Atau Bertunang, Nabil Mahir & Ayda Jebat Belum Ada Tarikh Kahwin

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)