Oleh pada 01 Oct 2017 kategori

Sumber foto asal: Instagram.com/awalashaari

Pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang sudah agak lama terlibat dalam bidang fesyen kini tampil dengan jenama gabungan mereka sendiri iaitu SchAwal.

Malah, pasangan suami isteri ini juga membuka butik pertama di Jakel Square, Kuala Lumpur yang memperkenalkan lebih dari 50 koleksi pakaian eksklusif hasil cetusan idea mereka sendiri.

Untuk makluman, ia adalah butik kedua milik selebriti tempatan yang dibuka di Jakel Square. Sebelum ini, Datuk Siti Nurhaliza turut pernah membuka butik miliknya sendiri di situ.

Menerusi SchAwal kami menterjemahkan pilihan fesyen hasil gabungan kami sendiri dan menerusi jenama ini adalah bukti kami serius dalam menceburi bidang fesyen dan perniagaan.

Menurut Awal, jenama berkenaan turut menampilkan koleksi pakaian eksklusif kanak-kanak yang diilhamkan daripada citarasa fesyen anak mereka sendiri, Lara Alana.

Demi menjaga kredibiliti jenama produk yang ditawarkan, mereka mahukan setiap pakaian yang dijual adalah seiring dengan fesyen terkini serta mengutamakan potongan dan kualiti kain yang digunakan.

Kami terlibat secara langsung dalam rekaan serta pilihan kain. Maknanya setiap koleksi adalah hasil dari minat dan kecenderungan kami dalam bidang fesyen.


Rekaan berdasarkan pakaian kasual, untuk Scha sendiri dia sangat mementingkan kesesuaian setiap fesyen untuk wanita bertudung juga.

Selain itu, mereka muncul dengan dua lagi wangian terbaharu yang mewakili personaliti masing-masing. Terdahulu, mereka pernah mengeluarkan dua wangian iaitu 'Bléu by Awal' dan 'Maroón by Scha' yang turut mendapat sambutan hangat.

Lebih menarik lagi, Awal memberitahu yang wangian diberi nama 'Noir' dan 'Silver Rose' itu amat istimewa kerana baunya merupakan pilihan mereka sendiri dari kilang di Sepanyol.

Dua wangian ini juga menjalani proses dan dibotolkan di Eropah yang mana Silver Rose adalah wangian dipilih sendiri oleh Scha dari tempat penghasilannya di Sepanyol. Ia mengangkat bau-bauan bunga segar bagi menimbulkan kesegaran kepada si pemakai.


Manakala Noir pula mempertaruhkan bau musky ditambah dengan kandungan citrus yang akan memberikan bauan segar menyerlahkan kelelakian kepada si pemakai.

Sumber berita: mStar Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)