Majoriti rakyat Malaysia meluahkan rasa ketidakpuasan hati setelah SPR mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 bakal di adakan pada 9 Mei 2018, yang jatuh pada hari Rabu.

Rata-rata bertanyakan mengapa ia perlu diadakan pada hari yang terletak di tengah-tengah minggu yang mana agak menyusahkan bagi orang awam yang bekerja. Mengapa hari rabu?

Tiada siapa yang tahu mengapa ia diadakan pada hari rabu. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

Asal usul Rabu dan Wednesday

tuhan jerman woden

Perkataan Rabu itu berasal daripada Bahasa Arab, yang bermakna empat, iaitu hari keempat dalam seminggu. Dalam bahasa Inggeris pula, hari rabu disebut sebagai Wednesday. Nama Wednesday diperoleh daripada dua tuhan yang bebeza.

Perkataan Inggeris Lama bagi Wednesday, iaitu  Wōdnesdæg dan Inggeris Pertengahan iaitu Wednesdei yang bermaksud "Hari Woden" menunjukkaan nama itu dinamakan bersempena nama tuhan Jerman, Woden.

Ia mencerminkan agama pra-Kristian yang diamalkan oleh Anglo-Saxon.

Dalam bahasa lain seperti mercredi dalam bahasa Perancis dan mercoledi dalam bahasa Itali yang bermaksud Wednesday, ia membawa maksud "Hari Mercury" iaitu pesuruh tuhan Rom.

tuhan rom mercury

Woden dan Mercury dikaitkan sejak kedua-dua budaya Roman dan Scandinavia bertembung. Menurut kepercayaan mereka, di bawah pengawasan Woden, bumi dan langit diciptakan daripada mayat-mayat gergasi yang bernama Ymir.

Woden juga mencipta lelaki dan wanita pertama daripada pokok abu dan alder. Malah, Woden juga menubuhkan undang-undang alam semesta.

Bermula tahun 1965, Wednesday dirujuk sebagai "hari bonggol" kerana ia berada di tengah-tengah minggu dan menjadi simbol bahawa manusia telah berjaya melepas bonggol di tengah, dan hujung minggu kelihatan semakin dekat.

Nama-nama besar yang lahir hari Rabu

Bagi anda yang tidak tahu, Ustaz Azhar Idrus adalah salah seorang anak kelahiran hari Rabu iaitu pada 12 Februari 1964. Antara nama-nama besar lain yang dilahirkan pada hari Rabu ialah Leornado Da Vinci (15 April 1452) dan Alexander Graham Bell (3 March 1847). Anda boleh semak sendiri tarikh-tarikh tersebut memang benar adalah tarikh untuk hari Rabu.

Hebat bukan anak kelahiran hari Rabu? Jangan terkejut sekiranya penulis katakan bahawa Brad Pitt dan Jim Carrey juga dilahirkan pada hari Rabu. Untuk lebih mengujakan lagi, antara salah seorang yang dilahirkan pada hari Rabu ialah ratu cantik Jepun bernama Maria Ozawa yang diminati ramai (8 Januari 1986).

Peristiwa pada hari rabu menurut Islam

harta karun 834

Dari Ans bin Malik ra. ia berkata: "Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu.

Maka Baginda menjawab: "Hari rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan,".

Para sahabat bertanya, "Mengapa demikian ya, Rasulullah?”

Lalu Baginda menjawab: Kerana pada hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir’aun dan kaumnya, memusnahkan kaum ’Aad dan kaum Tsamud, yakni kaum Nabi Saleh AS yang ingkar terhadap kerasulan dan kenabiannya. 

asal usul hari rabu 708

Menurut saudara Abd. Ghani Harun dalam penulisannya, ada orang mengambil kesimpulan mudah, iaitu semua hari tuhan bagi jadi baik belaka. Beliau berkata

"Saya rasa kesimpulan yg malas, malas meneliti sirah, malas meneliti hadis. Sia-siakah nabi berkata hari itu begini,hari ini,begini. Apa sebab nabi berkata hari rabu hari banyak terjadi nahas kerana sahabat tidak tahu sejarah kerana sejarah tidak ditulis waktu itu yang mana Rasulullah pun mengetahui dengan izin Allah. Untuk apa Rasulullah nak beritahu kalau ianya sia-sia?"

Antara tragedi lain yang berlaku pada hari rabu:

  1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung Hudhud
  2. Allah meneggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi.
  3. Fir'un dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam sungai Nil
  4. Namruz dibinasakan dengan nyamuk
  5. Allah menghancurkan kaum nabi Saleh a.s
  6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Jibrail as.
  7. Allah menghancurkan kaum nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.
  8. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya

Wallahualam.




Hakcipta iluminasi.com (2017)