Dalam pembentukan sesebuah kerajaan melalui sistem pilihanraya demokrasi, keputusan pilihanraya boleh dikatakan bergantung sepenuhnya kepada pilihan setiap pengundi yang memilih.

Oleh yang demikian, keputusan pilihanraya menjadi sesuatu yang sangat sukar diramal apatah lagi apabila melibatkan banyak blok-blok gabungan yang berusaha untuk menjadi pemerintah. Apabila wujud banyak pilihan, dari satu sudut situasi ini memang layak dikatakan lebih baik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Bagaimanapun, dalam beberapa aspek - pelbagai pilihan bakal meningkatkan lagi kesukaran dalam membentuk sesebuah kerajaan dengan lancar. Berikut adalah beberapa situasi dan keadaan yang boleh berlaku akibat daripada proses pilihanraya, sama ada baik atau buruk kesannya pada kita; terpulanglah kepada penilaian anda.1

1. Kerajaan majoriti/majoriti mutlak

kerajaan pakatan harapan tumbang

Dalam situasi kerajaan majoriti, banyak proses penggubalan dasar mudah berlaku kerana sesebuah kerajaan majoriti sudah pastilah akan disokong dalam Parlimen dengan jumlah yang lebih besar - membolehkan sesuatu dasar diperkenalkan tanpa halangan, kecuali perkara yang berkait dengan perlembagaan negara. Dalam konteks negara kita, kerusi majoriti yang perlu dimenangi adalah 112 kerusi parlimen.

Kerajaan bermajoriti mutlak, turut sama dikenali di luar sebagai kerajaan 'supermajority' atau 'majoriti supra' merupakan kerajaan yang terbentuk selepas parti yang menang - memenangi tahap tertentu kerusi Parlimen dipertandingkan. Di negara kita, kita mengamalkan tahap 2/3 kerusi atau 147 kerusi daripada 222 yang ada.

Bukan semua sistem mengamalkan dua pertiga. Ada juga sistem demokrasi yang mengamalkan tahap 3/5 atau 60% yang lebih senang dicapai dan ada juga yang menggunakan peratusan 55% bagi sesebuah parti atau gabungan dianggap layak diiktiraf majoriti mutlak.

Kelebihan - mudah membuat keputusan, proses penggubalan dasar berlaku lebih pantas

Kekurangan - dasar jadi terlalu mudah diluluskan

2. Kerajaan minoriti

jacinda ardern new zealand ba291

Jauh berbeza dengan kerajaan majoriti, kerajaan minoriti pula adalah kerajaan yang dibentuk oleh parti atau gabungan yang memenangi jumlah kerusi terbanyak, tanpa melepasi had majoriti yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya lebih satu daripada separuh jumlah kerusi.

Di negara-negara yang mempunyai 3 atau lebih gabungan bertanding pilihanraya, situasi pembentukan kerajaan minoriti merupakan sesuatu yang biasa berlaku. Khasnya di negara-negara Scandinavia, Sepanyol, Romania, Ireland dan beberapa negara lain lagi. Setakat ini, kita belum pernah ditadbir kerajaan minoriti.

Situasi kerajaan minoriti mampu mewujudkan pelbagai kondisi unik. Sebagai contoh di New Zealand, Perdana Menteri mereka dipilih daripada parti yang bukan pemegang kerusi terbanyak hasil persetujuan kesemua parti bertanding. Apabila sesebuah kerajaan minoriti terbentuk, kestabilan kerajaan banyak bergantung kepada kerjasama atau persefahaman yang dimeterai, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi.

Kelebihan - perkongsian kuasa berlaku dengan lebih seimbang

Kekurangan - kurang stabil dan proses bagi mencapai persetujuan lebih lama

3. Kerajaan gabungan/campuran

david cameron britain

Berbeza dengan kerajaan minoriti, kerajaan gabungan pula adalah kerajaan yang terbentuk hasil daripada dua atau lebih pihak yang bertanding pilihanraya selepas pilihanraya selesai, sehingga mereka mempunyai jumlah kerusi majoriti yang mencukupi.

Pihak-pihak yang terlibat dalam proses mencapai kata sepakat bagi pembentukan kerajaan gabungan biasanya akan membincangkan terlebih dahulu satu dasar perkongsian bersama sebagai tunjang kerjasama, sebelum mencapai kata putus mewujudkan kerajaan gabungan.

Sekiranya itu gagal dicapai, pihak yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak boleh juga menawarkan kerjasama sokongan - di mana kerajaan gabungan terbentuk secara tidak rasmi, tetapi ada pihak yang menyatakan sokongan kepada pemegang kerusi terbanyak bagi membentuk kerajaan, tanpa mewujudkan satu dasar perkongsian yang sama.

Dalam situasi ini, pihak yang akan bertindak memperkenalkan atau menggubal dasar adalah pemegang kerusi terbanyak.

4. Kerajaan perpaduan/pemuafakatan

mahathir live rtm

Kerajaan perpaduan pula merupakan konsep bentuk kerajaan yang boleh merentasi sempadan parti politik. Situasi ini kebiasaannya hanya akan diaplikasikan apabila tiada persetujuan dapat dicapai dalam menuju ke arah pembentukan kerajaan minoriti atau kerajaan gabungan dengan efektif.

Idea di sebalik kerajaan perpaduan sebenarnya amat sukar untuk dilaksanakan, kerana memerlukan kerjasama dan persetujuan semua pihak - apatah lagi apabila wujud pihak yang memegang kerusi terbanyak yang sudah pastilah lebih gemar pembentukan kerajaan minoriti atau campuran berlaku.

Apa yang boleh berlaku adalah pembentukan kerajaan dilakukan merentasi politik, dengan semua pihak yang bertanding diberikan kuasa untuk mempunyai wakil dalam kerajaan. Jumlah wakil setiap parti yang akan dilantik menjadi ahli Kabinet ditentukan kepada peratusan kerusi yang dipegang oleh pihak-pihak yang ada.

Walau demikian, kerajaan juga boleh dibentuk tanpa mengira peratusan kerusi, sebaliknya hanya berdasarkan persetujuan bersama. Dalam situasi ini, tidak ada lagi blok kerajaan dan pembangkang, sebaliknya semua pihak akan bersatu dalam penggal perjanjian mereka membangunkan dasar yang dirasakan baik untuk sesebuah negara.

Kelebihan - pembahagian kuasa yang lebih seimbang, tiada pihak mempunyai suara mutlak, semua pihak meletakkan kepentingan negara sebagai fokus utama

Kekurangan - agak idealistik, memerlukan pengorbanan pemegang kerusi tertinggi mengurangkan kuasa

5. Kerajaan berasingan

kerajaan amerika syarikat

Situasi kerajaan berasingan kebiasaannya boleh timbul dalam negara republik yang mengamalkan sistem presiden dalam pilihanraya mereka. Bagaimana situasi ini boleh berlaku? Apabila dua buah parti berbeza menguasai dua badan penting dalam kerajaan - iaitu badan eksekutif dan badan legislatif.

Kerajaan Amerika Syarikat merupakan contoh termudah bagaimana kerajaan berasingan boleh berlaku, apabila parti Democratic berjaya menguasai Kongres Amerika Syarikat tetapi parti Republican menguasai cabang eksekutif, seterusnya melantik Presiden Amerika Syarikat daripada parti mereka.

Ada juga negara seperti Perancis di mana mereka mempunyai sistem separa-presiden di mana wujud dua jawatan, iaitu Presiden dan Perdana Menteri, dengan kedua-duanya dipilih rakyat Perancis dalam pilihanraya yang berbeza.

Dalam situasi di mana Presiden yang masih berkhidmat datang dari parti A tetapi kerajaan pula ditubuhkan oleh parti B selepas pilihanraya, Presiden perlu memainkan peranan memilih seorang calon Perdana Menteri yang dirasakan mampu memuaskan hati partinya dan juga parti lawan - mewujudkan situasi yang digelarkan sebagai kerajaan 'kohabitasi' (cohabitation) di Perancis.

Dalam sistem parlimen yang digunapakai kita, situasi mirip boleh juga timbul seandainya 'timingnya' cantik.

Sebagai contoh - selepas pilihanraya umum ke 14 tempohari, Dewan Rakyat kita dikuasai oleh ahli parlimen Pakatan Harapan secara majoriti, sebaliknya Dewan Negara pada ketika itu masih dikuasai ahli Dewan lantikan kerajaan sebelum itu.

Walau demikian, negara kita tidaklah berdepan masalah besar walaupun berada dalam situasi itu. Kenapa situasi ini boleh menjadi rumit? Ini kerana kuasa Dewan Negara sebenarnya agak besar dalam sistem pemerintahan kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)