Oleh pada 06 Aug 2019 kategori

asal usul nama bulan arab

Masyarakat seluruh dunia rata-ratanya selesa dengan sistem kalendar Gregorian yang kita gunakan sekarang, bagi mengukur tempoh hari dan tahun.

Bagaimanapun, dibeberapa negara lain turut wujud negara yang tidak menggunakan sistem kalendar Gregorian, tetapi menggunakan sistem kalendar mereka sendiri. Di negara kita juga, selain daripada kalendar Gregorian turut ada dua lagi sistem kiraan yang terkenal iaitu kalendar orang Cina dan kalendar Hijrah untuk orang Islam.

Kalendar Hijrah merupakan sistem kalendar yang sangat penting bagi setiap orang Muslim, kerana selain daripada menjadi penanda hari dan tahun - ia juga menjadi petanda banyak amalan ibadah yang wajib atau harus dilakukan umat Islam. Pernahkah anda tertanya, dari manakah datangnya nama bulan-bulan dalam kalendar Islam?

1. Muharram

bulan muharram 954

'Muharram' membawa makna 'bulan terlarang' di kalangan orang Arab, selain daripada 3 bulan lagi yang dianggap suci dalam kalendar orang Arab. Pada bulan ini, orang Arab dilarang daripada melakukan sebarang bentuk peperangan, pembunuhan atau kekasaran.

2. Safar

bulan safar 156

Nama bulan 'Safar' diambil sempena kejadian yang akan berlaku dalam masyarakat Arab sebelum zaman Rasulullah saw. di mana orang Arab akan keluar meninggalkan kediaman mereka, untuk mencari makanan atau bekalan. 'Safar' bermakna kosong atau ditinggalkan.

3. Rabiulawal & Rabiulakhir

bulan rabiul awal dan akhir 167

Sengaja kami gabungkan kedua-duanya kerana nama dua bulan ini saling berkait antara satu sama lain. Rabiulawal dan Rabiulakhir membawa makna permulaan musim bunga dan penghujung musim bunga.

4. Jamadilawal & Jamadilakhir

bulan jamadil jamadin awal dan akhir 65

Orang Arab menamakan dua bulan ini sempena berakhirnya musim bunga di kawasan mereka dan bermulanya musim panas atau kering, yang menyebabkan tanah mula merekah. Jamadilawal menandakan permulaannya sementara Jamadilakhir menandakan pengakhirannya.

5. Rejab

bulan rejab 12

Bulan Rejab adalah bulan larangan, sama seperti bulan Muharram. Sebarang bentuk peperangan, pertelingkahan dan pergaduhan dilarang dalam bulan ini kerana istilah 'Rejab' 'atau 'Rajab' membawa makna 'menghormati' atau 'hormat.'

6. Syaaban

bulan shaaban bulan pemisah

Bulan 'Sya'aban' atau 'Sha'ban' merupakan bulan kelapan dalam kalendar Islam di mana orang Arab akan melakukan amalan yang dinamakan sebagai 'tasha'aba' atau pencarian air, bagi dijadikan bekalan minuman dan kegunaan mereka. Selain itu, 'sha'aba' juga membawa makna bertebaran atau berpecah menandakan komuniti Arab ketika itu, akan keluar meninggalkan kediaman mereka bagi mendapatkan bekalan.

7. Ramadan

maksud sebenar bulan ramadhan

Seperti yang kami sudah jelaskan dalam artikel ini, Ramadan membawa makna 'kepanasan melampau' atau 'panas terik.' Orang Arab sebelum kehadiran Rasulullah saw. menandakan kedatangan panas terik ini dengan istilah Ramadan.

8. Syawal

maksud bulan syawal shawal

Bulan 'Syawal' pula dinamakan sempena bulan di mana kebanyakan unta betina belaan orang Arab akan bunting menunggu masa untuk beranak. Makna 'Syawal' itu sendiri adalah 'mengangkat' atau 'memikul', mirip dengan tugas ibu unta mengandungkan anak dalam kandungannya.

9. Zulkaedah

maksud bulan zulkaedah

Bulan Zulkaedah merupakan bulan di mana orang Arab akan berehat, jadi 'Zulkaedah' itu sendiri membawa makna serupa. Pada bulan ini orang Arab akan duduk di rumah, akur dengan arahan serupa yang disebutkan dalam bulan Muharram dan Rejab, di mana aktiviti peperangan dilarang sama sekali.

10. Zulhijjah

maksud bulan zul hijjah

Selepas penat berehat selama sebulan, kedatangan bulan Zulhijjah pula menandakan bermulanya musim haji. Jadi namanya juga perlulah mencerminkan ibadah haji yang perlu dilakukan jadi Zulhijjah merupakan 'bulan mengerjakan Haji.'

Perlu diingatkan, ibadah haji bukannya bermula ketika zaman Rasulullah saw. tetapi sudah pun bermula sejak zaman Nabi Ibrahim as. dan anaknya Nabi Ismail as. jadi tidak menghairankanlah bagaimana nama bulan ini sudah wujud sebelum era Nabi Muhammad saw. lagi.

Siapa yang namakan bulan-bulan ini?

orang arab 9vv92

Ada satu persoalan yang pasti bermain difikiran anda selama ini - siapa yang putuskan nama-nama ni? Yang jelas, Rasulullah saw. tidak memainkan peranan dalam penamaan bulan-bulan Islam ini kerana proses penamaannya sudah pun dilakukan lebih awal.

Penamaan bulan-bulan ini dilakukan oleh moyang ke 5 kepada Rasulullah saw. iaitu Kilab bin Murrah, seorang pemimpin Bani Quraisy yang sangat disegani.

Sekitar 150 tahun sebelum Rasulullah saw. dilahirkan, Kilab bin Murrah telah pun mengumpulkan pemimpin-pemimpin orang Quraisy lain bagi menamakan bulan-bulan ini, supaya mudah untuk orang Arab memahami gerakan waktu dalam tempoh bulan dan tahun.



Hakcipta iluminasi.com (2017)