sejarah jenama brand kereta jepun

Kenderaan jenama Jepun amat terkenal di negara kita, berikutan kualitinya yang baik serta harga yang berpatutan.

Dengan kedudukan Malaysia sebagai salah sebuah negara pengeluar kenderaan di dunia, Jepun menjadi antara negara yang dijadikan rujukan kita dalam meniti arus industri automotif. Jepun telahpun bermula lebih awal dan mempunyai pengalaman hampir 100 tahun lebih awal, meneroka bidang ini sehingga mampu meletakkan jenama-jenama mereka menguasai jualan di seluruh dunia.

Sesuai dengan tradisi orang Jepun yang gemar mencantumkan elemen tradisi dan warisan dalam bidang yang diceburi, setiap satu jenama automotif yang datang dari sana pasti mempunyai sejarah dan cerita menarik mengapa nama itu digunakan.

1. Toyota

toyoda model aa kereta pertama toyota

Nama Toyota datang daripada nama keluarga pengasas Toyota, iaitu Sakichi Toyoda. Bermula sebagai pembuat mesin menenun, Sakichi menjual perniagaannya kepada sebuah syarikat British, yang membolehkan beliau mendapat modal memulakan industri pembuatan kereta.

Kereta pertama keluaran perniagaan beliau dijual di bawah nama 'Toyoda' yang dinamakan 'Model AA.' Nama lama Toyoda ditukar kepada 'Toyota' kerana perkataan 'Toyoda' dalam tulisan katakana Jepun, memerlukan 10 strok untuk menulisnya. 'Toyota' hanya memerlukan hanya 8 strok, dipercayai membawa tuah.

pengasas kereta toyota bernama toyoda

Selain itu, Toyoda sendiri membawa maksud 'sawah padi yang subur' dan keluarga Toyoda berpendapat lebih baik mereka menukar nama jenama perniagaan kereta mereka kepada Toyota, takut nanti ada orang tersilap mengingatkan mereka mengasaskan perniagaan berasaskan pertanian.

2. Datsun

kilang datsun datson dat

Nama Datsun mungkin sudah tidak sepopular seperti tahun 80-an dahulu di mana kereta Datsun menjadi kegilaan ramai. Jenama Datsun yang dimulakan oleh Masujiro Hashimoto pada tahun 1911 sebenarnya bermula dengan mengeluarkan model kereta jenama DAT.

DAT itu pula datang daripada gabungan tiga akronim pelabur yang membolehkan Masujiro memulakan perniagaannya iaitu Kenjiro DEN, Rokuro AOYAMA dan Meitaro TAKEUCHI. Den, Aoyama dan Takeuchi menghasilkan nama untuk DAT.

pengasas jenama datsun

Selepas mengeluarkan sendiri serta mengalami penggabungan dengan syarikat lain, pada 1931 kereta pertama pertama yang digelarkan DATSON atau 'Anak kepada DAT'. Bagaimanapun, selepas diambil alih oleh kumpulan Nissan, nama Datson ditukar kepada Datsun kerana SON melambangkan 'kerugian.'

3. Nissan

kereta pertama nissan

Sejarah Nissan dan Datsun adalah berkait, namun Nissan sebenarnya adalah nama kepada satu konglomerat besar di Jepun bernama Nihon Sangyo. Ditubuhkan pada tahun 1928 oleh Yoshisuke Aikawa, Nihon Sangyo mempunyai beberapa buah syarikat besar dibawahnya, termasuklah Hitachi dan sebuah syarikat lain, bernama Tobata Casting.

Untuk memulakan industri automobil mereka sendiri Nihon Sangyo menggabungkan Tobata Casting dan syarikat pemilik sebenar jenama Datsun, iaitu DAT Jidosha Seizo yang mempunyai kemahiran pembuatan kereta.

pengasas nissan jenama jepun

Bagi memulakan jenama baru kereta dan syarikat yang akan memasarkan kereta, Yoshisuke mengambil singkatan Nihon Sangyo yang digunakan dalam pasaran saham Tokyo, iaitu NISAN. Ejaannya diubah menjadi NISSAN yang kini kembali terkenal di negara kita.

4. Honda

soichiro honda pengasas jenama honda

Sejak awal lagi Soichiro Honda meminati bidang mekanikal dan gemar membaiki enjin di bengkel, serta mengubah suai kenderaan untuk perlumbaan. Mendapat dana untuk memulakan perniagaan sendiri membekal cincin piston bagi Toyota pada tahun 1937, produk yang dihasilkan ternyata tidak menepati standard yang ditentukan Toyota jadi kontraknya ditamatkan.

Selepas kegagalan itu, Soicihiro mula melawat kilang pembikinan alat ganti Toyota dan mempelajari teknik yang lebih baik. Hanya pada tahun 1941, produk yang dihasilkan Soichiro berjaya menepati gred Toyota dan diterima pakai.

basikal berenjin honda

Arahan kerajaan supaya meletakkan perniagaan beliau dibawah penyusunan semula membuatkan Soichiro diturunkan pangkat, selepas syarikatnya kini dimiliki oleh pemegang majoriti terbesar, Toyota. Bagaimanapun, hubungannya dengan Toyota membuka jalan kepada Soichiro. Selepas menjual perniagaannya ketika itu kepada Toyota, beliau menggunakan modal yang ada untuk menubuhkan Honda Technical Research Institute pada tahun 1946.

Dengan hanya 12 orang pekerja, Honda mula membina enjin untuk basikal sebelum mula membina motosikal sendiri di bawah jenama mereka pada tahun 1949 yang dinamakan Honda Dream.

5. Mazda

pengasas mazda bernama matsuda

Mazda bermula sebagai sebuah syarikat kecil pembuat gabus bernama Toyo Kogyo pada tahun 1920, Pada tahun 1930, Toyo Kogyo berjya mengeluarkan sebuah kenderaan motosikal roda tiga bernama 'Mazda-Go' atau Mazda Type DA. Nama itu dicadangkan oleh Jujiro Matsuda, pengasas dan timbalan presiden Toyo Kogyo ketika itu.

Merasakan nama Matsuda untuk digunakan pada kenderaan pertama mereka kurang sesuai, Jujiro memilih untuk menggunakan nama Mazda berdasarkan kepercayaan agama mereka.

motosikal jenama mazda go

Jujiro dan kumpulan pengasas Toyo Kogyo adalah individu yang mempercayai Tuhan dalam agama mereka yang dinamakan Ahura Mazda, dipercayai mereka sebagai pembawa keharmonian, kecerdikan dan kebijaksanaan pada penduduk Asia Barat. Atas kepercayaan itu, Toyo Kogyo akhirnya ditukar kepada Mazda, selaras dengan elemen yang dipercayai mereka dan nama juga tersebut mirip kepada nama keluarga pengasas syarikat mereka.


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)