kisah hidap kanser usus tahap dua ini jawab enot

Kredit foto: Instagram Enot

Aktres yang juga pelawak, Alliza Abdullah, 39, enggan lagi mengulas tentang penyakit kanser usus tahap dua yang pernah dihidapinya.

Justeru, katanya yang kini dikhabarkan sudah pulih sepenuhnya, tumpuan kini hanya mahu dialihkan terhadap kerjaya seni demi menyara kehidupan anak-anak.

Alizza atau nama timangannya Enot, berkata lagi, dia berharap bidang seni yang sudah diceburi sejak 16 tahun lalu itu akan memberi sinar baru di masa hadapan.

“Saya mahu terus pandang ke depan tanpa perlu menoleh ke belakang lagi. Allah Maha Kaya. Saya dilimpahi rezeki walaupun kerjaya lakonan agak perlahan.

“Kesakitan yang saya alami sebelum ini sudah berakhir. Jangan tanya lagi. Saya berharap, keindahan yang saya rasai ini akan berterusan,” katanya.

Sewaktu mendedahkan penyakitnya pada tahun 2014, bintang siri Mat Despatch ini dituduh penipu kerana kononnya ingin mendapatkan simpati masyarakat. 

Begitupun, ibu tunggal kepada Andriana Balqis, 16, dan Ariana Qaseh Qistina, 10, ini terus tabah dalam mendewasakan anak-anak serta mencari rezeki buat mereka.

Kata-kata orang sekeliling tidak sedikitpun melembutkan hati Enot untuk memberi nombor akaun kepada mana-mana pihak atas tujuan meminta sumbangan derma.

“Tiga tahun lalu saya melalui ujian getir. Bukan hanya tahap kesihatan kurang baik, tetapi emosi turut terjejas apabila ada pihak menuduh saya menipu.

“Anak turut terkena tempias. Mereka pergi sekolah dengan menanggung malu kerana nama saya terus diburukkan. Namun, saya tangani semua masalah itu sendirian.

“Ada yang tanya, kenapa tidak minta bantuan? Saya sedar masih ada yang jauh lebih susah daripada saya. Selagi saya boleh berdiri dan bekerja, saya tidak akan minta bantuan dan simpati,” luahnya.

Sisi lain, Enot mula menyedari siapa yang layak digelar kawan dan lawan.

“Saya kini lebih berhati-hati dalam memilih kawan. Saya lebih banyak duduk di rumah dan berkawan dengan anak. Apa pun, saya gembira dan bersyukur kerana Didie Alias tidak pernah melupakan saya,” katanya.

Sumber berita: Harian Metro


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)