zaibo hilangkan diri kerana hidap kanser 1

Kredit foto: Harian Metro

Pelakon, Zaibo, 62, dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh kerana menghidap kanser esofagus (esophageal cancer).

Pelakon yang pernah popular menerusi siri Spanar Jaya itu bagaimanapun sebelum ini hanya mempunyai masalah darah tinggi dan kolestrol, sebelum dimaklumkan perkara sebaliknya.

"Tak sangka tiba-tiba doktor mengesahkan saya kini menghidap penyakit kanser esofagus dan perlu menerima rawatan di Sungai Buloh.

“Saya sebenarnya menetap di Batu Pahat, Johor. Kemasukan ke Hospital Sungai Buloh pun atas keputusan Hospital Batu Pahat yang merujuk kes penyakit saya ke sini," katanya kepada Harian Metro.

Zaibo yang pada awalnya enggan mendedahkan situasi kesihatannya itu berkata, dia bukan sengaja menyembunyikan penyakit dihidapi, tetapi takut dikecam netizen yang seterusnya mampu mendatangkan tekanan kepada dirinya sekeluarga.

zaibo hilangkan diri kerana hidap kanser 2

Kredit foto: klick.my

“Terus terang saya sebenarnya terkejut dan enggan hebohkan kisah sakit ini kepada masyarakat. Itulah sebabnya saya lari daripada orang kerana tak nak ada komen-komen negatif yang dilemparkan terutama di laman sosial.

“Ia boleh membuatkan bukan saya sahaja tapi keluarga juga akan turut tertekan," luahnya.

Kata Zaibo, dia kini terpaksa menjamah makanan dalam bentuk cecair kerana simptom penyakit itu yang membuatkannya tersedak serta muntah setiap kali menjamu selera.

“Saya memang tiada tanda-tanda sakit dan hanya bermula dua minggu selepas Hari Raya Aidilfitri lalu. Makanan sesuai buat saya sekarang ialah susu khas yang membekalkan zat kepada badan," katanya.

Pelakon yang sudah dua tahun tidak membabitkan diri dalam bidang seni itu memohon doa semua insan yang mengenalinya agar diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan. 


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)