hh

Oleh pada 10 Aug 2024 kategori

Temasya sukan Olimpik merupakan festival sukan empat tahun sekali yang membariskan atlet-atlet terbaik bertanding mewakili negara masing-masing dalam pelbagai acara.

Direka mengikut acuan temasya masyarakat Greece terdahulu yang kini telah dimodenkan, rasanya kita semua tahu elemen-elemen agama dan kepercayaan masyarakat Greece yang diamalkan masih diterap ke dalam sukan Olimpik moden - walaupun acara ini sudah melibatkan atlet dan negara berbilang bangsa dan agama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Apakah unsur dan elemen berkait agama dan kepercayaan yang masih dijalankan dalam temasya ini? Jom kita pelajari rahsianya.

1. Istilah 'Olympik'

gunung olympia kawasan suci greece

Kita mulakan dengan istilah 'Olimpik' itu sendiri terlebih dahulu. Ramai kami yakin menyebutnya tanpa benar-benar faham apakah makna di sebalik istilah itu.

'Olimpik' merujuk kepada sebuah gunung yang terletak dalam kawasan pergunungan di Greece, yang menjadi sempadan dua bandar iaitu Macedonia dan bandar Tessala, iaitu Gunung Olympos.

Olympos dipercayai oleh masyarakat Greece terdahulu sebagai tempat di mana Dewa dan Dewi anutan mereka menginap. Oleh sebab kepercayaan itulah, sebuah kuil bagi menyembah Zeus dewa petir didirikan. Kuil itu dipercayai menjadi lokasi di mana acara individu bertanding yang diadakan sejak tahun 776SM bagi meraikan Dewa dan Dewi mereka.

2. Istilah 'pantheon'

elemen agama dalam sukan olimpik

Anda pernah menemui istilah ini? 'Pantheon' dalam era Olimpik moden dikhususkan kepada kategori atlet yang dianggap elit di antara yang elit, terbaik antara yang terbaik. Selain merujuk sukan Olimpik, 'pantheon' juga diamalkan dalam sukan-sukan lain bagi membezakan darjat atau kedudukan individu yang cemerlang dalam bidang mereka.

Apa sebenarnya 'pantheon'? 'Pantheon' dalam era moden adalah nama kepada kuil yang dibina jeneral perang Rom terkenal, Agrippa pada tahun 25SM yang kini sudah ditukar kepada gereja penganut Kristian dengan nama Santa Maria Rotonda.

Istilah 'pantheon' itu sendiri pula diambil daripada istilah Greece lama 'pantheion' yang membawa makna 'kuil kepada semua Dewa dan Dewi.' Media massa berbahasa Inggeris memang gemar menggunakan istilah ini, kalau anda cakna tentang penggunaannya. Jadi kalau nak guna, kena fahamlah apa makna sebenarnya.

3. Obor api

prometheus beri api kepada manusia

Upacara larian obor api sudah jadi sangat sinonim dengan acara sukan kan? Sehinggakan kita pun terikut nak melakukannya setiap kali ada temasya sukan berlangsung. Apa kaitannya api dengan sukan?

Api menjadi simbol acara Olimpik zaman dahulu sebagai menghargai jasa Prometheus, salah satu makhluk bersifat Titan. Prometheus telah mencuri api daripada kawalan Dewa dan Dewi, lalu menghadiahkan api kepada manusia yang membolehkan manusia memanfaatkan api untuk banyak kegunaan.

Bagi menunjukkan rasa syukur, masyarakat Greece kuno akan memulakan api pada sebuah altar khas yang dipastikan terus menyala sepanjang acara pertandingan mereka berlangsung, sebagai memperingati jasa Prometheus.

4. Kenapa Olimpik dimulakan? 

ilia tapak asal olimpik

Seperti yang sudah kami diterangkan di atas, Gunung Olimpos dipercayai merupakan tempat bersemayam Dewa Zeus dan kawasan itu sering dikunjung oleh penduduk Greece untuk memohon sesuatu. 

Iphistus adalah raja kepada bandar Elis dan penduduknya sering berhadapan dengan musibah. Jadi dia pergi berjumpa dengan kumpulan peramal (dinamakan sebagai Oracle) dari Delphi bagi mendapatkan panduan bagaimana hendak membantu kerajaannya. 

Salah seorang oracle yang ada, Pythia menasihatkan Iphistus untuk menganjurkan satu acara bagi memperingati dan meraikan Zeus, di mana orang-orang Elis akan berkumpul di sebuah kawasan yang dikenali sebagai Olympia untuk memuja Zeus serta memohon bantuan. Selepas acara itu mula berubah dengan penambahan acara larian yang diadakan secara kecil-kecilan di kalangan pengunjung, upacara pemujaan itu akhirnya berkembang menjadi acara fizikal pelbagai disiplin dengan sukan pentatlon dan perlumbaan pedati kuda menjadi acara utama.




Hakcipta iluminasi.com (2017)