Sejarah baru tercipta di negara kita apabila Datuk Seri Najib Razak menjadi bekas Perdana Menteri yang pertama dimasukkkan ke penjara akibat jenayah yang dilakukannya. Sebenarnya, keputusan ini bukanlah satu kejutan memandangkan ia sudah di peringkat Mahkamah Persekutuan setelah beliau kalah dalam rayuannya 2 kali sebelum itu. 

Bagi yang tidak mengikuti rapat kes ini, DS Najib didapati bersalah atas dakwaan terhada 7  kesalahan jenayah iaitu 3 tuduhan pecah amanah (Seksyen 409 Kanun Keseksaan), 3 tuduhan penggubahan wang haram (Akta AMLA 2001) dan 1 tuduhan penyalahgunaan kuasa (Akta SPRM 2009) dalam kes SRC International.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada Julai 2020, DS Najib didapati bersalah atas 7 tuduhan tersebut dan dikenakan hukuman penjara 12 tahun  berserta denda RM210 juta. Kemudian, beliau membuat rayuan terhadap keputusa tersebut tetapi pada Disember 2021, Najib didapati bersalah oleh panel 3 hakim Mahkamah Rayuan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 dikekalkan. Keputusan sebulat suara 3-0.

Di peringkat Mahkamah Persekutuan, DS Najib sekali lagi tewas dengan keputusan sebulat suara 5 - 0. Dengan sabitan ini, DS Najib secara automatiknya akan hilang kerusi MP Pekan dalam tempoh 14 hari setelah dijatuhkan hukuman.

Apabila perkara ini terjadi, rata-rata peminat DS Najib akan membincangkan tentang kemungkinan untuk DS Najib memohon "Pengampunan Diraja" agak pemimpin kesayangan mereka itu boleh dikeluarkan dari penjara walaupun sudah disabitkan kesalahan di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Apa itu Pengampunan Diraja?

pengampunan agong

Kredit: Astro Awani

Kebanyakan daripada kita pertama kali mendengar mengenai istilah "Pengampunan Diraja" beberapa tahun yang lalu apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim diberikan Pengampunan Diraja setelah kemenangan Pakatan Harapan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke 14 yang lalu.

Namun, apakah sebenarnya Pengampunan Diraja? Adakah ianya mudah diperolehi? Apakah prosedurnya? Siapakah yang berhak dan mempunyai kuasa untuk memberikan Pengampunan Diraja?

Kuasa pengampunan ini bukanlah satu perkara yang baru sebaliknya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Negeri atau Perlembagaan Negeri. 

Di negara kita, kuasa pengampunan dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkara 42 yang memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum bagi kesalahan-kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera dan kesalahan-kesalahan di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Raja-raja dan Yang di-Pertua Negeri di negeri pula diberikan kuasa pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan di negeri masing-masing, tidak termasuk kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Tentera (Perkara 42).

Peranan Lembaga Pengampunan

anwar ibrahim pengampunan diraja

Walaupun asalnya kuasa pengampunan ini ialah kuasa budi bicara institusi beraja, Perkara 42(4)(a), Perlembagaan Persekutuan meletakkan syarat bahawa kuasa pengampunan itu hendaklah dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan, sebagaimana diperuntukkan dalam Perkara 42(5), dibaca secara bersama dengan Perkara 42(11) itu terdiri daripada Peguam Negara Persekutuan, Menteri yang bertanggungjawab bagi Wilayah Persekutuan dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Mengikut Perkara 42(8) mesyuarat Lembaga Pengampunan hendaklah bermesyuarat dengan dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong. Perkara 42(9) pula menyatakan bahawa sebelum memberikan nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong, Lembaga Pengampunan hendaklah menimbangkan apa-apa pendapat yang mungkin diberikan Peguam Negara mengenai perkara itu.

Pada peringkat negeri, peruntukan berkaitan kuasa pengampunan yang dilaksanakan oleh raja-raja tertakluk kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Prosedur Pengampunan Diraja

prosedur pengampunan diraja

Seseorang yang ingin mendapatkan Pengampunan Diraja perlu mengikuti prosedur-prosedur tertentu yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

  1. Hantar petisyen/rayuan kepada Lembaga Pengampunan menerusi Mahkamah Tinggi oleh wakil/pesalah
  2. Lembaga Pengampunan akan mengadakah mesyuarat. Ahli Lembaga pengampunan terdiri darripada Yang di-Pertuan Agong (Pengerusi), Peguam Negara/Negeri, Menteri yang menjaga hal ehwal negeri berkenaan dan 3 ahli yang dilantik
  3. Keputusan - Setuju / Tidak Setuju
  4. Sekiranya keputusan Tidak Setuju, kembali ke proses No 1
  5. Sekiranya keputusan Setuju, maka pesalah akan dibebaskan dan diampunkan
  6. Proses pentadbiran di peringkat penjara oleh peguam yang mewakili pesalah

Untuk makluman juga, tiada tempoh atau prosedur lain selepas mendapat pengampunan dan keputusan Lembaga Pengampunan tidak boleh dicabar. Pesalah yang dibebaskan melalui Lembaga Pengampunan diaggapa seperti tidak pernah membuat kesalahan sebelum ini kerana setiap rekod kesalahan akan dipadam.

Individu yang diberi Pengampunan DIraja juga kembali bertanding dalam Pilihan Raya, seperti mana yang berlaku pada DS Anwar Ibrahim. Tiada proses bertenang (cooling period) seperti pemantauan atau perlu melaporkan diri di balai polis terdekat bagi mereka yang telah diberikan Pengampunan Diraja. 

Kredit:

  1. Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia
  2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)