Kita perlu sedia maklum, mulai 1 haribulan Julai 2017, sistem perlindungan insurans kenderaan di negara kita tidak lagi dikawal oleh kerajaan seperti sebelum ini. Melalui sistem baru liberalisasi tarif yang dilakukan, pihak penyelia insurans atau takaful kini bebas menentukan harga insurans yang wajib dibayar oleh pemilik-pemilik kenderaan Malaysia.

iluminasi tarif insurans kenderaan6

Tetapi usahlah kita memandang tindakan ini sebagai satu tindakan negatif kerana jika kena caranya, ada kemungkinan kita boleh mendapatkan jumlah perlindungan kenderaan yang lebih baik pada harga yang lebih rendah.

Oleh kerana sebelum ini kadar ditetapkan oleh kerajaan, kini tarif insurans akan ditentukan oleh satu kaedah yang mengambil kira risiko pemilik kenderaan berdasarkan profil sedia ada. Ini adalah syarat baru kaedah pengiraan tarif yang diperkenalkan melalui Bank Negara dan semua pemilik kenderaan akan memilik profil risiko yang berbeza.

iluminasi tarif insurans kenderaan7

Terdapat beberapa faktor yang akan menentukan nilai premium sesebuah kenderaan yang perlu dibayar iaitu;

1. Jantina

Akan wujud perbezaan di antara kadar pemilik lelaki dan pemilik wanita.

2. Umur

Pemilik kenderaan yang berumur lebih tinggi berkemungkinan perlu membayar lebih tinggi

3. Model dan buatan kereta

Setiap model kereta akan dikelaskan mengikut tahap keselamatan yang dipasang serta kadar kos yang perlu ditanggung jika berlaku kemalangan

4. Rekod tuntutan

Jika pemilik pernah terlibat dengan sebarang proses tuntutan akibat kecuaian sendiri, ini memungkinkan nilai premium akan naik. Begitu juga jika pihak ketiga pernah melakukan tuntutan ke atas insurans kita, ini juga mungkin akan menyebabkan premium menjadi lebih mahal.

iluminasi tarif insurans kenderaan3

5. Pekerjaan

Selama ini, jenis pekerjaan tidak menjadi faktor dalam pengiraan insurans kenderaan, selepas dasar liberalisasi ini setiap pekerjaan pemilik akan diletakkan di dalam kategori mengikut risiko pekerjaan

6. Lokasi tempat tinggal

Mereka yang tinggal di kawasan berisiko tinggi kes kecurian kereta perlu membayar kadar perlindungan yang lebih tinggi berbanding mereka yang tinggal di kawasan berisiko rendah

7. Tujuan kenderaan digunakan

Dalam sistem baru ini, tujuan kenderaan dibeli juga akan diambil kira kerana faktor risiko setiap kenderaan berbeza. Ada van yang dibeli untuk memandu keluarga dan ada van yang diguna khas sebagai penghantar barangan peniaga, jadi kedua-dua van tidak akan mempunyai profil risiko yang sama.


Bagaimana pula dengan faedah kepada kita pula?

1. Produk insurans yang lebih pelbagai

iluminasi tarif insurans kenderaan2

Jika selama ini kita tidak ada banyak pilihan dalam menentukan jenis perlindungan, dengan pengenalan kaedah ini yang sebenarnya sudah digunapakai di banyak negara lain, penyelia insurans boleh memperkenalkan pakej mengikut apa yang kita kehendaki, sesuai dengan permintaan kita.

Sebagai contoh; selama ini penyelia insurans hanya melindungi alat ganti asas yang datang dari kilang pengeluar. Mana tahu dengan sistem baru ini, kita diberi opsyen untuk memilih bagi melindungi rim sukan kereta kita yang bukan alat ganti standard. Ini hanyalah sebagai contoh ye.

2. Pemandu selamat mendapat kadar rendah

Seorang pemandu/pemilik yang mengamalkan pemanduan selamat serta tidak terlibat dalam kemalangan kerana kecuaian sendiri akan mendapat kadar premium yang lebih rendah berbanding mereka yang suka memandu secara bahaya hingga mengakibatkan kemalangan.

3. Mendidik pemanduan berhemah

Tidak ada pihak yang suka mengeluarkan wang, tetapi pembelian insurans di negara ini diwajibkan bukan sekadar untuk menanggung kerugian kita, tetapi untuk menanggung kerugian orang lain jika kita adalah punca kerugian mereka. Jadi ubahlah etika pemanduan anda bagi merendahkan profil risiko anda. Insiden seperti saman juga besar kemungkinan akan menjadi antara faktor dalam menentukan profil risiko kita sama ada tinggi atau rendah.

Kesimpulan

iluminasi tarif insurans kenderaan

Kepada mereka yang perlu memperbaharui cukai jalan selepas 1 haribulan Julai nanti, anda perlu ingatkan diri anda yang selepas liberalisasi tarif insurans ini, kita sepatutnya boleh mendapatkan beberapa pilihan yang kita rasakan baik sebelum kita perlu membuat keputusan untuk memilih.

Jadi seeloknya ketahui dahulu apa profil risiko anda dan dapatkan sebut harga dari beberapa syarikat serta bandingkan terlebih dahulu apa yang mereka tawarkan. Lihat apa faedah tambahan yang ditawarkan dalam pakej yang disediakan serta ketahui dengan jelas apa yang dilindungi serta kondisinya.

Saya berharap kita semua dapat jadi pengguna insurans kenderaan yang bijak serta dapat membuat keputusan yang tepat, kerana dengan sistem baru ini, anda adalah penentu kepada apa yang anda perlukan.


tags : , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)