Saya bernama Daniel Haqiqatjou. Bertemu isteri saya di Harvard.
Pada usia kami muda, kami merasakan kami berdua berjiwa feminis, melihat sendiri kesan buruk rumah tangga pada wanita. Kami berdua rasa perlunya satu perubahan atau tindakan diambil untuk menghalang penderaan ke atas wanita, dari segi fizikal dan mental.
Kami masih merasa sedemikian sekarang, namun apa yang berubah adalah kami sudah menyedari gerakan feminis bukannya solusi kepada masalah ini. Feminisme adalah sebahagian daripada masalahnya. Feminisme itu sendiri bermula sebagai satu gerakan anti agama dan anti-keluarga. Susur galurnya sudah sebegitu rupa apatah lagi bukti mesej-mesej sama disampaikan dalam ucapan pejuang feminisme seluruh dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
Orang Islam perlu menyedari isu ini kerana amat mudah untuk seorang Muslim menjadi feminis, seperti kami suami isteri. Ini berbahaya, kerana gerakan feminisme mempunyai banyak kepercayaan yang bercanggah dengan Islam dan sebenarnya mampu meruntuhkan kepercayaan orang Muslim.
Persoalan paling utama yang kami berdua nampak - mengapa makin ramai feminis Muslim meninggalkan Islam?
Statistik peningkatan golongan tiada agama
Wanita yang mengaku diri mereka feminis, hanya 1 daripada 10 mengamalkan kehidupan beragama, jika dibandingkan dengan 7 daripada 10 wanita dalam populasi secara am. Adakah ini menjawab persoalan gerakan feminsime membuat wanita meninggalkan agama? Berdasarkan statistik, wujud kebenaran di situ.
Dari 1993 hingga 2013, wanita yang mengaku tiada agama meningkat 3 kali ganda di Amerika Syarikat. 16 peratus wanita mengaku mereka atheist atau agnostik pada 1993 namun dalam tempoh 20 tahun, jumlah itu meningkat kepada 43 peratus. Penyelidik menjumpai hubungan di antara gerakan penyebaran feminisme, ideologi sekular yang disebarkan melalui media massa dan media sosial. menjadi penyebab anjakan ini.
Sudah berlaku berulang kali perkara yang sama berlaku. Lelaki dan wanita yang murtad dari Islam akan menggunakan hujah Islam, al-Quran dan Rasulullah saw. adalah punca amalan patriarki dan tekanan masyarakat pada wanita. Islam dipersalahkan sebagai 'tidak feminis.'
Jadi sejak dari awal, setiap penyokong feminis dididik untuk mempersoalkan - bagaimana seorang feminis mahu menjadi Muslim, kerana kedua-dua dikatakan tidak selari.
Feminisme membalas
Saya menegaskan, dakwaan saya ini bukan bermaksud semua wanita Muslim yang mengaku dirinya feminis akan murtad, namun statistik kebarangkaliannya lebih tinggi kerana wujud hubungan di antara kedua-duanya.
Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita perlu mengakui kewujudan masalah tersebut. Terlalu ramai orang Muslim, khasnya di Amerika Syarikat tidak mahu mengakui gerakan feminisme adalah ancaman kepada keimanan seorang Muslim.
Ini kerana dunia masa kini terlalu mendesak manusia mengamalkan amalan bercakap sesuatu yang hanya betul dari segi politik (poltically correct speech), sehingga kita takut menerima kecaman bila kita mengkritik sesuatu yang nyata tidak betul.
Begitupun, kita perlu berani berdepan dengan cemuhan orang ramai penyokong gerakan feminisme ini, kerana ancaman mereka sekarang kesannya hanya akan dirasai bertahun-tahun lagi. Pada waktu itu, menoleh ke belakang mencari titik mula silap kita, tidak lagi mendatangkan hasil.
Persoalannya, bagaimana seorang feminis Muslim boleh murtad melalui gerakan feminisme?
Peringkat-peringkat gerakan feminisme yang membuat wanita murtad
Peringkat mula, adalah peringkat di mana kes-kes sebenar realiti dijaja untuk menunjukkan ketidakadilan lelaki Muslim melayan wanita Muslim. Kisah penderaan, dasar yang mengikat wanita, budaya yang menindas dan juga institusi yang dipegang oleh lelaki disebar bagi menunjukkan berlakunya ketidak adilan. Lagi menarik jika si lelaki sebagai pesalah, menggunakan hujah agama dalam mempertahankan tindakan mereka. Memang pesta lah.
Peringkat kedua, mesej yang disampaikan bersifat lebih abstrak. Persoalan seperti "kenapa Ustaz yang menegur pemakaian wanita Muslim? Mengapa wanita Muslim perlu menutup aurat? Kenapa lelaki Muslim sibuk tentang kelakuan wanita? Kenapa dalam sebuah keluarga, ketua itu lelaki dan bukan sama rata?"
Peringkat ketiga pula, ilmuwan agama pula yang diserang kerana mempromosikan patrirarki, misalnya. Menyalahkan sistem patriarki dalam Islam, gerakan feminisme akan mempersoalkan ilmuwan Islam sekarang kenapa mempunyai pandangan yang berbeza tidak menyokong isu feminisme kontemporari. Mengapa patriariki disebarkan dan digalakkan? Mengapa Islam membenarkan penindasan wanita?
Pada peringkat ketiga, wanita feminis Muslim akan mula mempersoalkan sebarang bentuk bukti yang telah sekian lama menunjukkan kenapa ilmuwan Islam menggalakkan sistem patriarki diteruskan pada zaman ini.
Apabila seseorang wanita itu sudah sampai ke tahap ini, dia akan masuk peringkat ke dua peringkat terakhir. Jika tidak dibendung, di sinilah kerosakan sebenar pada akidah berlaku.
Peringkat Empat
Dalam peringkat ke empat ini, seseorang wanita akan mula melawan apa yang terkandung dalam al-Quran dan ajaran Rasulullah saw., yang tidak setuju dengan gerakan permintaan feminisme. Apa saja yang dianjurkan oleh Rasulullah saw. yang berkait dengan sistem patriarki akan dinafikan.
Ketika inilah akan muncul penyokong kepada agenda 'wanita pun boleh jadi Imam', sebagai contoh. Solat tidak lagi perlu diasingkan lelaki dan wanita kerana wanita patutnya setara.
Pada peringkat ini, mental seorang wanita gerakan feminisme ini sudah menjadi bebas daripada kekangan hukum yang mengawal tindak tanduk seseorang wanita dan akan cuba mencari jalan keluar, kerana pemikirannya sudah hampir terbentuk. Bagi meneruskan agenda feminisme, dia sedar kesukaran yang akan muncul untuk kekal menjadi Muslim yang taat. Selepas mempersoalkan manusia, pada peringkat terakhir, seorang wanita itu akan mula mempersoalkan Tuhannya sendiri.
Peringkat Lima
Kenapa Allah menjadikan manusia pertama lelaki? Kenapa bukan wanita? Kenapa Nabi dan Rasul itu lelaki? Kenapa Allah memilih Nabi Muhammad dan bukan Nabi Khadijah, misalnya?
Persoalan-persoalan ini akan mula bermain dalam fikiran seorang wanita Muslim sehinggakan dia akan mula mempersoalkan apa yang Allah swt. lakukan untuk manusia. Di sinilah dengan mudahnya berlakunya murtad. Bukan kerana keluar daripada Islam dengan sengaja, tetapi dengan mula mempersoalkan Allah itu sendiri.
Kenapa Allah menjadikan lelaki ketua keluarga, sedangkan ramai suami tidak layak jadi ketua keluarga? Kenapa Allah swt. tidak menghukum pihak-pihak yang menindas, merogol, melacurkan, mengambil kesempatan ke atas wanita-wanita?
Ketika inilah gerakan feminisme akan menawarkan satu jawapan kepada masalah-masalah dan persoalan ini kepada pengikutnya : "Agama adalah sesuatu yang dicipta oleh lelaki untuk memudahkan lelaki mengawal wanita."
Habis terjawab semua persoalan di situ.
Begitulah serba sedikit bagaimana gerakan feminisme menggunakan 5 peringkat untuk memusnahkan kepercayaan agama, tak kiralah agama apa sekalipun, dalam diri seorang wanita. Jika anda wanita yang merasakan diri anda seorang penyokong gerakan feminisme, tanyalah pada diri anda, apa peringkat anda.
Olahan Semula artikel ini hasil tulisan Daniel Haqiqatjou.