Oleh pada 15 Aug 2018 kategori

Sistem pengangkutan ketika perang mempunyai sejarah yang panjang dan menarik. Kuda telah digunakan sebagai pengangkutan dalam banyak tamadun sepanjang sejarah.

Malah, semasa Perang Dunia II, Adolf Hitler menceroboh Rusia menggunakan lebih banyak kuda berbanding Napoleon Bonaparte?

Selain daripada kuda, penggunaan basikal juga adalah sangat popular dan bagi sesetengah tentera, ia merupakan satu cara pengangkutan yang penting.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Pada permulaan Perang Dunia II, tentera Jerman menggunakan basikal untuk menyusup masuk ke Norway dan Poland.

Jepun paling banyak guna basikal ketika WW2

askar jepun berbasikal ketika perang dunia kedua

Pihak yang paling banyak menggunakan khidmat basikal ketika WW2 adalah Tentera Jepun. Semasa pencerobohan masuk ke Malaysia, beribu-ribu askar Jepun mengayuh basikal ke Singapura.

Kerana kekurangan bahan bakar, basikal adalah cara yang paling mudah dan cepat untuk menghantar anggota tentera ke barisan hadapan, berbanding kenderaan lain.

Bagi tentera Jepun, bahan api bukan satu-satunya masalah yang mereka hadapi.

Oleh kerana bekalan getah tidak mencukupi, apabila tayar basikal bocor dan tak dapat dibaiki, tentera Jepun terpaksa belajar menunggang basikal tanpa tayar dan hanya terdapat rim roda.

askar jepun menceroboh malaysia dengan basikal

tentera perancis ketika perang dunia pertama

Basikal telah digunakan dalam peperangan selama bertahun-tahun sebelum Perang Dunia II termasuklah dalam Perang Dunia Pertama. Basikal asal tentera Amerika Syarikat yang adalah kenderaan tentera yang paling jarang digunakan, terutama untuk mendapatkan yang lengkap.

Pengeluaran standard basikal tentera AS bermula pada tahun 1942 dan penggunaan rasmi mereka dinyatakan sebagai: 'untuk menyediakan pengangkutan untuk kakitangan yang terlibat dalam penghantaran atau perkhidmatan utusan'.

Namun, basikal kebanyakannya digunakan untuk pengangkutan kerana ia adalah cara terpantas dan paling menjimatkan untuk melakukan perjalanan antara depot, kem, dan lapangan terbang.

Basikal lipat BSA Airborne

basikal lipat bsa airborne 2

Salah satu inovasi yang menarik terhadap basikal tentera ialah basikal BSA Airborne. Basikal ini direka khas untuk pasukan payung terjun di UK. Ia boleh dilipat dan dipasangkan ke bahagian hadapan sut penerjun.

Apabila dilipat, basikal cukup padat untuk dibawa dan melompat keluar dari kapal terbang.

Roda akan dipasang garisan penggantungan payung terjun, yang menjadikannya selamat untuk melompat keluar dari pesawat dengan basikal.

Apabila penerjun payung mendarat, mereka boleh menggunakan tali bahagian hadapan untuk memisahkan basikal.

basikal lipat bsa airborne

Selepas membuka basikal BSA Airborne, askar itu bersedia untuk bergerak ke lokasi seterusnya. Basikal khas ini digunakan untuk bergerak dengan senyap ke destinasi terakhir mereka.

70,000 basikal lipat Airborne dihasilkan oleh Birmingham Small Arms Company di antara tahun 1942 dan 1945. Kegunaan terbesar mereka adalah oleh tentera British dan Kanada semasa pencerobohan ke atas D-day dan Arnhem ketika gelombang kedua.

Jumlah tepat berapa banyak basikal yang digunakan tidak jelas; satu-satunya bukti adalah berdasarkan gambar. Pasukan payung terjun ini membawa hampir 90 kilogram peralatan termasuk basikal mereka.

Walaupun basikal ini tidak digunakan seperti dalam rancangan asal, ia masih lebih baik dan lebih cepat daripada berjalan. Pada tahun 1944, jip tentera telah tersedia dan basikal ini menjadi kurang penting.

Kenapa basikal ini dikumpulkan?

basikal lipat bsa airborne 3

Selepas Perang Dunia II, masih berlaku kekurangan bahan api di Eropah dan orang awam menggunakan baki basikal tentera sebagai untuk pengangkutan sehari-hari.

Hari ini, basikal Perang Dunia II yang asal tersangat jarang untuk ditemui. Berbanding dengan kenderaan tentera lain, basikal dihasilkan dalam jumlah yang agak kecil.

Walaupun kelihatan seperti terdapat banyak basikal tentera di pasaran, kebanyakannya adalah tidak lengkap atau asli.

Jumlah sebenar bilangan basikal tentera yang masih ada tidak diketahui. Basikal tentera kini sama ada terdapat di muzium atau dimiliki oleh pengumpul.

Ini menambah lagi sifat "rare" nya dan pengumpulannya. Basikal lipat BPA Airborne bukanlah basikal yang paling mahal dan boleh dilihat sebagai salah satu koleksi yang dikumpul dengan nilai purata mencecah RM10,000.

Rujukan:




Hakcipta iluminasi.com (2017)