Perang Dunia Kedua adalah yang terbesar dan diharapkan menjadi konflik berskala global yang terakhir akan pernah terjadi di Bumi. Ia merupakan peristiwa bersejarah yang telah membentuk dunia moden yang kita lihat pada hari ini.
Selain itu, artifak dari ketika zaman kacau bilau ini telah berkembang dari segi komersial.
Banyak barang yang terselamat dari Perang Dunia Kedua yang mana mungkin tidak mempunyai apa-apa nilai pada ketika itu, namun kini melonjak dengan begitu dahsyat sehinggakan mereka yang benar-benar kaya sahaja yang mampu memilikinya.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 7 barang yang terselamat dari Perang Dunia Kedua yang paling mahal pernah dijual.
7. Pingat Perintah Keberanian Benito Mussolini
Benito Mussolini adalah pemimpin Kerajaan Itali yang merupakan salah satu daripada kuasa Axis bersama Jerman dan Jepun. Apabila Benito Mussolini dipecat oleh pentadbirannya dan kemudiannya ditangkap pada tahun 1943, harta bendanya telah dirampas, di antaranya adalah pingat Perintah Keberanian.
Pingat itu terselamat dari perang dan dilelong oleh La Galerie Numismatique pada Mac 2012 untuk dengan harga RM513,000.
Penjualan ini telah membuktikan minat pengumpul barangan Perang Dunia Kedua yang semakin meningkat terhadap barangan yang pernah dimiliki oleh diktator Itali ini.
6. Pistol Luger pengawal peribadi Adolf Hitler
Ia merupakan satu fakta yang diketahui ramai bahawa Adolf Hitler merupakan seorang yang sangat peka apabila melibatkan keselamatannya.
Sehinggakan para pengawal malam yang menjaganya diberikan pistol Luger yang sangat "rare" dilengkapi dengan peluru yang boleh dikesan dan dipasang dengan lampu suluh untuk memastikan Hitler selamat pada waktu malam.
Salah satu daripada pistol Luger masih wujud sehingga kini dan muncul dalam satu acara lelongan di Rock Island pada tahun 2012. Ia terjual dengan harga RM672,000.
5. Surat Anne Frank
Walaupun Anne Frank lebih dikenali dengan buku diarinya yang mana ditemui selepas perang berakhir, namun karya-karya bertulis lain yang dihasilkannya juga sangat bernilai.
Sebelum pencerobohan Belanda pada tahun 1940, Anne Frank dan kakaknya telah berbalas surat dengan teman pena mereka yang berpangkalan di Iowa, Amerika Syarikat.
Surat-surat itu berjaya bertahan selama bertahun-tahun. Barang kenangan Anne Frank ini termasuk dua pucuk surat, poskad, dan dua gambar saiz pasport.
Surat-surat tersebut telah disahkan asli oleh pengarah Pusat Anne Frank di Amsterdam dan Galeri Swann berjaya mendapatkan surat-surat tersebut yang kemudiannya dilelong dengan harga RM692,000.
4. Mesin Enigma Cipher
Mesin Enigma Cipher ini telah menyumbangkan bantuan yang sangat besar pihak kuasa Allied dalam mengubah gelombang perang terhadap Jerman.
Mesin pengintip ini membantu dalam menguraikan mesej rahsia tentera Jerman yang mana telah mendedahkan pergerakan pasukan mereka, pesanan, strategi dan maklumat penting yang lain.
Mesin Enigma ini telah dijual oleh Christies pada September 2011 dengan harga RM922,000 dan dilaporkan berada dalam keadaan baik dan masih berfungsi.
3. Meja Adolf Hitler
Mungkin meja ini kelihatan seperti tiada apa-apa makna bagi anda, namun ia termasuk dalam sejarah perang terbesar dalam sejarah manusia moden.
Meja ini adalah meja yang digunakan oleh Adolf Hitler untuk menandatangani Perjanjian Munich, sebuah perjanjian yang membawa kepada tercetusnya Perang Dunia Kedua.
Terdapat ukiran huruf awalan nama Hitler iaitu "AH" pada meja ini. Meja ini juga dihiasi dengan lambang Nazi yang terdiri daripada Swastika dan burung helang.
Pada tahun 1945, Leftenan ke-2 Jack McConn telah merampas meja ini dari pejabat Hilter di Munich dan perabot ini muncul dalam sebuah acara lelongan oleh Alexander Autographs pada Disember 2011.
Meja berusia lebih 70 tahun ini terjual dengan harga RM1.76 juta.
2. Pingat Victoria Cross
Kadang-kala, watak-watak yang tak penting dan tidak terkenal lah yang merisikokan diri mereka dalam bahaya yang sangat besar bagi mencapai kemenangan.
Dan itulah apa yang berlaku kepada Prebet Edward Kenna dari Batalion 2/4th Australia, yang telah hampir-hampir terbunuh hanya kerana beliau merisikokan diri untuk mengambil alih mesingan pihak Jepun ketika pertempuran di Wewak, New Guinea pada tahun 1945.
Walaupun berhadapan dengan tembakan bertubi-tubi, Prebet Edward berjaya membunuh kru mesingan Jepun dan akhirnya diberikan anugerah Pingat Victoria Cross.
Pingat ini kemudiannya dilelong oleh Spink & Son pada Julai 2011 dengan harga RM2.3 juta.
1. Kereta Mercedes Benz 770k Adolf Hitler
Kereta ini digunakan untuk membawa Adolf Hitler ke mana sahaja sebelum dan ketika Perang Dunia Kedua berlangsung. Untuk mengesan kereta klasik ini, proses penyelidikan yang sangat teliti dan kesabaran yang tinggi sangat diperlukan.
Selepas kajian yang mendalam mengenai gambar sejarah yang menghubungkan pemimpin Jerman dengan kenderaan ini, akhirnya Mercedes Benz 770k ini dikenalpasti sebagai milik Hitler.
Tak lama kemudian, pengedar kereta di Jerman, Michael Frohlich telah menjual kereta ini kepada bilionaire dari Rusia dengan harga mencecah RM41.7 juta.