Oleh pada 15 May 2018 kategori

apa motif zahirah macwilson rapat dengan fazura 1

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Zahirah Macwilson berharap persahabatannya dengan aktres Nur Fazura tidak menimbulkan reaksi negatif di kalangan netizen.

Memperincikan kenyataannya, Zahirah, 23, berkata, dia sudah berkenalan rapat dengan pelakon J Revolusi itu sejak dua tahun lalu dan persahabatan yang dijalinkan berniat ikhlas.

"Kami kenal sudah lama, sejak dua tahun lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam penggambaran komersial. Sejak itu, kami berdua menjadi rapat, tetapi mungkin tidak ramai yang mengetahui.

"Jangan salah anggap persahabatan kami kerana mahu berkomplot atau mempunyai maksud lain. Itu tidak benar sama sekali. Kami ikhlas ketika berkawan dan rasanya tiada apa yang perlu dipertikaikan," katanya kepada BH Online.

apa motif zahirah macwilson rapat dengan fazura 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Pelakon Duda Pujaan Dara ini memberi kenyataan sebagai mengulas kehadirannya di majlis Fazbulous Ramadan Fashion Show 2018 anjuran bintang Ayat-Ayat Cinta 2 itu yang berlangsung di Strand Mall, Kota Damansara pada Sabtu.

Sisi lain, Zahirah tidak menolak kemungkinan untuk kembali berhubungan cinta selepas putus dengan kekasih lamanya, aktor sasa, Zul Ariffin.

Katanya, dia tidak mengenal serik, namun tetap menjadikan kerjaya seni sebagai keutamaan. 

"Ketika ini, saya masih single dan ingin memberikan fokus kepada kerjaya lakonan. Tetapi, itu tidak bermakna sehingga saya mengabaikan keinginan untuk bercinta," katanya.

Wanita kacukan Melayu-Australia itu berkata, dia percaya akan ketentuan jodoh yang menanti dirinya apabila waktu yang ditakdirkan kelak. 

"Jika nanti perasaan itu datang tiba-tiba, saya akan terima. Semuanya sudah tertulis dan saya percaya, jejaka itu akan tiba tepat pada masanya nanti," katanya.


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)