Oleh pada 26 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Netizen terkejut melihat foto yang dimuatnaik aktres Zahirah Macwilson di ruangan Instagram Stories.

Mana tidaknya, Zahirah bergaya dalam busana pengantin di sebuah masjid sambil disertai ayahnya, Zainol Macwilson.

zahirah macwilson nikah 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Momen itu menggambarkan seolah aktres berusia 23 tahun ini sedang berada dalam majlis pernikahannya.

Begitupun, peminat janganlah bimbang kerana ia hanyalah salah satu babak yang dijayakan Zahirah dalam drama rantaian terbaharu berjudul Tak Ada Cinta Sepertimu.

Drama adaptasi novel karya Anna Milia itu menggandingkan anak beranak popular ini, selain Syafiq Kyle selaku hero.

Bakal bersiaran selama 16 episod, Tak Ada Cinta Sepertimu arahan Jamal Khan mengisi slot Megadrama di saluran Astro Ria.

Ke udara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam, bermula 12 Mac.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)