Oleh pada 18 Apr 2018 kategori

ayah buat saya menangis zahirah macwilson 1

Kredit foto: Instagram Zainol Macwilson

Tidak menjadi kejanggalan buat aktres jelita, Zahirah Macwilson, untuk bergandingan dengan bapa sendiri, Zainol Macwilson, memegang watak anak dan bapa dalam drama rantaian, Tak Ada Cinta Sepertimu.

Zahirah yang bertindak sebagai teraju utama, antara lain, menyaksikannya beraksi di sisi hero muda, aktor Syafiq Kyle.

"Mungkin ada yang rasa janggal atau malu berlakon dengan darah daging sendiri. Saya pula sebaliknya... Alhamdulillah, saya sangat gembira kerana dapat berlakon dengan ayah," kata Zahirah menurut laporan BH Online.

Memegang watak yang menuntutnya bermain dengan emosi, Zahirah akui kehadiran Zainol memudahkannya menzahirkan perasaan dalam menjayakan peranan yang digalas. 

ayah buat saya menangis zahirah macwilson 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

"Ini memudahkan saya menjiwai watak Athea. Ayah sering menyuntik semangat dan emosi terhadap karakter dibawa.

"Dalam drama ini, saya banyak bermain dengan air mata dan menyentuh jiwa. Ada satu babak di mana saya sukar menangis, namun, ketika ayah pandang mata saya dan beri kata-kata semangat, air mata mengalir dan proses penggambaran lancar," katanya.

Mengakui gandingan mereka membuatkannya selesa, untuk rekod, ini bukanlah gandingan sulung Zahirah dan Zainol kerana pernah bekerjasama dalam sebuah lagi telefilem sebelum ini.

Kelebihan beraksi dengan darah daging sendiri, termasuk apabila melibatkan babak bersentuhan, dilihat Zahirah, membuatkan ia berlangsung dengan mudah.

"Berlakon dengan ayah sendiri lebih mudah kerana saya bebas mencium dan memeluknya," katanya.

Terkini, aktres itu yang baru sahaja terpalit dengan kontroversi putus cinta dengan Zul Ariffin, sedang giat menyudahkan penggambaran drama Jangan Benci Cintaku.

Terbitan Suhan Movies, drama terbaharu itu bakal dimuatkan dalam slot Akasia, TV3 untuk siaran Jun ini. Menampilkan beliau berlakon di sisi Saharul Ridzwan, penggambaran beberapa babak turut dirakamkan di Perth, Australia.


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)