Oleh pada 31 Jan 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Azrel Ismail

Aktor Azrel Ismail mengakui tidak mempunyai masalah digandingkan dengan aktres kontroversi Fathia Latiff dan Zahirah Macwilson jika ada tawaran datang.

Malah, beliau pernah digandingkan dengan kedua-dua wanita itu sewaktu membintangi drama bersiri La Luna.

Kontroversi hangat yang ditimbulkan Fathia dan Zahirah tahun lalu tidak memberi kesan kepada Azrel kerana ingin bersikap profesional.

azrel ismail ada masalah berlakon dengan fathia atau zahirah ini jawabnya 2

Kredit foto: Mstar

"Saya profesional dan tiada masalah dengan Fathia mahu pun Zahirah walaupun nama mereka hangat diperkatakan sepanjang tahun lepas.

"Saya senang dan selesa berlakon di samping Fathia serta menghormatinya sebagai seorang pelakon yang senior.

"Manakala, Zahirah pula menjadi rakan saya sepanjang penggambaran drama itu di Malaysia dan di Bosnia selama beberapa bulan lalu," katanya.

Azrel menegaskan dia tidak berminat untuk masuk campur hal peribadi yang melibatkan kedua-dua pelakon itu.

"Jadi, tidak timbul sebarang isu pun antara saya dan mereka. Kisah peribadi masing-masing saya tidak mahu masuk campur sebab ia sangat sensitif," katanya.

Terdahulu, Fathia menimbulkan masalah disiplin di lokasi penggambaran drama terbitan RTM, La Luna, sebelum wataknya digantikan oleh Zahirah.

Manakala Zahirah menjadi perbualan hangat sejak didakwa menjadi orang ketiga dalam hubungan cinta Kamal Adli dan Emma Maembong.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)