Oleh pada 26 Jul 2021 kategori

Sukan Olimpik adalah acara sukan terbesar dan termahsyur di atas muka Bumi. Ia menjadi pentas pertarungan bagi menentukan siapa yang lebih hebat melibatkan pelbagai sukan popular.

Sukan empat tahun sekali ini menampilkan pertandingan sukan musim panas dan musim sejuk di mana ribuan atlet dari seluruh dunia mengambil bahagian dan sukan Olimpik moden pertama diadakan di Athens pada tahun 1896.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sejak itu, sukan ini menjadi acara yang dinanti-nantikan oleh semua peminat sukan. Persoalannya, pernahkah sukan gah ini dibatalkan?

Jawapannya adalah ya dan disebabkan oleh 2 konflik terdahsyat melibatkan manusia di atas muka, Sukan Olimpik tidak diadakan untuk beberapa kali.

Ia berlaku pada tahun 1916, 1940 dan 1944, tahun-tahun ketika mana banyak negara dibelenggu oleh Perang Dunia Pertama dan Kedua.

perang dunia kedua 908

Dan disebabkan oleh pembunuhan besar-besaran yang sedang berlaku ketika itu, sukan ini dibatalkan.

Ia bukanlah satu keputusan yang dipandang enteng dan sukar dilakukan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC).

Malah walaupun IOC memutuskan untuk memulakan sukan ini secara berperingkat agar kedua-dua sukan Olimpik musim panas dan sejuk tidak diadakan pada tahun yang sama tetapi dalam selang dua tahun, sukan ini tetap diadakan.

Dan seperti yang kita tahu pada hari ini, walaupun pandemik COVID-19 menyebabkan segala urusan dunia tergendala, namun sukan Olimpik tidak dibatalkan tetapi hanya ditangguhkan.

Ini menunjukkan betapa sukarnya untuk membatalkan sukan berprestij ini.

Namun tahun 1916, 1940 dan 1944 adalah tahun gelap bagi manusia yang menyebabkan sukan Olimpik terpaksa dibatalkan.

Perang Dunia Pertama dan sukan Olimpik 1916

perang dunia pertama 993

Pada tahun 1914, sebahagian besar daripada persediaan sukan Olimpik telah pun siap, seperti yang diarahkan oleh anggota IOC.

Bendera dengan gelung ikoniknya dilancarkan untuk pertama kalinya bersama-sama dengan pilihan bandar tuan rumah untuk Olimpik 1916. Pada ketika itu tuan rumah tidak mendapat notis 7 tahun lebih awal untuk mengacarakan sukan ini, seperti yang berlaku pada hari ini.

Dan ironinya, bandar yang terpilih untuk mengacarakan Olimpik 1916 adalah Berlin.

(ketika itu tuan rumah tidak mendapat notis tujuh tahun seperti sekarang). Ironinya, pilihannya adalah Berlin.

Ketika IOC sedang sibuk membuat persiapan, Austria-Hungaria mengisytiharkan perang terhadap Serbia, dan Jerman dengan pantas menyertai pertempuran itu walaupun sasaran utama mereka adalah Rusia dan Perancis.

sukan olimpik 1916 dibatalkan

Belgium yang merupakan negara neutral pula adalah sasaran seterusnya. Sebagai tindak balas, Britain turut serta dalam peperangan itu yang membawa kepada Perang Dunia Pertama.

Memandangkan situasi dunia pada ketika itu, anggota IOC dari Britain melakukan protes kerana Berlin masih menjadi pilihan utama untuk menjadi tuan rumah Olimpik 1916, dan mengundurkan diri apabila permintaan mereka untuk lokasi alternatif tidak dipenuhi.

Pada masa yang sama, Jerman berkeras dan meneruskan rancangan untuk Olimpik VI, tetapi memberikan syarat bahawa hanya negara-negara yang berpihak kepada mereka dan neutral sahaja boleh mengambil bahagian.

Beberapa bandar Amerika Syarikat menawarkan diri sebagai lokasi pengganti Olimpik, manakala anggota IOC lain mengatakan bahawa sukan ini tidak akan diadakan sehingga tahun 1920.

pierre coubertin pengasas moden jawatankuasa olimpik antarabangsa

(Pierre Coubertin)

Pierre Coubertin, pengasas IOC dan bapa Olimpik moden terkenal, bersuara tentang perkara ini: "IOC tidak dapat menarik balik sukan ini tanpa berunding dengan bandar yang telah ditetapkan (yang mungkin harus memberikan persetujuannya)".

Pada masa yang sama, Coubertin menyatakan bahawa terdapat kemungkinan sukan ini tidak akan diadakan.

Ketika perang semakin hangat berlangsung, ternyata ramalan Coubertin tepat iaitu Olimpik 1916 dibatalkan untuk pertama kalinya dalam sejarah 20 tahun sukan itu.

Perang Dunia Kedua vs Olimpik 1940 dan 1944

perang dunia kedua dan olimpik

Selang beberapa dekad, Jerman akhirnya berpeluang mengacarakan sukan Olimpik di Berlin pada tahun 1936, walaupun sukan ini mencatatkan sejarah di mana Adolf Hitler memaparkan propaganda Nazi.

Sementara itu, IOC mengisytiharkan negara Asia sebagai lokasi Olimpik bagi masa depan. Pada tahun 1940, Jepun dijadualkan menjadi negara pertama di Asia yang menjadi tuan rumah Olimpik.

Khabar angin mengatakan bahawa Tokyo memenangi peranan sebagai tuan rumah dengan melakukan taktik kotor.

Michimasa Soyeshima, salah seorang anggota IOC Jepun, dilaporkan bertemu dengan Perdana Menteri Itali pada ketika itu iaitu Benito Mussolini dan menjanjikan akan menyokong agar Olimpik 1994 diadakan di Rom jika jika Mussolini menyokong Jepun untuk Olimpik 1940.

sukan olimpik tokyo 1940

Dia juga mungkin campur tangan dalam pendapat anggota lain juga dan ternyata usaha ini adalah sia-sia kerana kedua-dua Olimpik 1940 dan 1944 tidak diadakan. 

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

Sekali lagi, IOC menolak idea untuk memindahkan lokasi Olimpik 1940 yang mana menjadi masalah kontroversi ketika Jepun menyerang China. Undang-undang darurat yang terpakai di Jepun pada ketika itu memutuskan bahawa sukan itu dibatalkan.

Perang Dunia II masih berlangsung pada tahun 1944 yang menyebabkan pembatalan Olimpik 1944 dan ia tidak diadakan lagi sehinggalah pada tahun 1948 yang berlangsung di London.

Tokyo 2020 dan pandemik COVID-19

tokyo 2020 olimpic

Selepas Perang Dunia Kedua, kesemua sukan Olimpik Musim Panas berlangsung seperti yang dijadualkan sehingga Olimpik Musim Panas 2020 Tokyo. Ia menjadi mimip ngeri bagi Jepun untuk kali kedua selepas Olimpik 1940.

Presiden IOC Thomas Bach mengumumkan pada Mac 2020 bahawa Sukan Olimpik XXXII di Tokyo "mesti dijadualkan semula ke tarikh yang melampaui tahun 2020 tetapi tidak lewat dari musim panas 2021, bagi melindungi kesihatan atlet, semua orang yang terlibat dalam Sukan Olimpik dan Komuniti antarabangsa.", disebabkan oleh COVID-19.

Ketika penulisan ini dibuat, penulisan ini, Olimpik 2020 di Tokyo sedang berlangsung di bawah garis panduan yang ketat untuk memastikan keselamatan atlet dan peserta.

Menariknya, sukan ini masih disebut sebagai Olimpik 2020, walaupun diadakan pada tahun 2021. 

penduduk jepun membantah olimpik 2020 tokyo

Ia tetap diadakan walaupun Jepun masih bergelut dengan COVID-19 kerana melibatkan hak siaran TV bernilai bilion ringgit serta persiapan yang menelan kos yang tinggi.

Hanya mereka yang tinggal di Jepun sahaja dibenarkan menonton dan kerajaan tempatan melarang pelawat dari luar negara memasuki Jepun.

Walaupun dibenarkan berlangsung, satu tinjauan pada April 2021 menunjukkan bahawa 72% penduduk Jepun masih beranggapan bahawa Olimpik 2020 harus dibatalkan atau ditunda.

Rujukan:

Kyodo News

Tokyo 2020

History




Hakcipta iluminasi.com (2017)