Tahukah anda matahari setiap hari sedang menjadi semakin panas suhunya? Diramalkan dalam tempoh 5 billion tahun lagi, gas matahari yang sebelum ini tidak tersebar jauh akan mula merebak dalam radius yang lebih besar serta diramal mampu menyebabkan kerosakan besar pada bumi.

Penyelidik juga meramalkan, 1.1 billion tahun lagi, matahari akan menjadi 11% lebih panas menyebabkan suhu purata di bumi meningkat sehingga 50 darjah celcius. Suhu yang naik ini akan menyebabkan air laut yang ada pada permukaan bumi mengeluwap dengan lebih pantas.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Atas telahan ini, ramai saintis telah pun memulakan kajian bagi menyelamatkan tamadun manusia. Ada pihak sudah mula secara serius mencari jalan bagi membuka penempatan di planet baru, membawa idea pembukaan koloni di Marikh. Bagaimanapun, tempoh masa yang sangat panjang diperlukan sekitar 2700 tahun dalam usaha memindahkan 7 billion penduduk bumi - walaupun setiap hari 1,000 penerbangan dijadualkan.

Salah satu usaha lain yang sedang dijalankan, adalah dengan menggerakkan kedudukan bumi. Tak percaya?

Mengalihkan kedudukan bumi

lompat bergalah olahraga

Idea untuk menggerakkan bumi sedikit demi sedikit pada mulanya datang daripada kisah-kisah sains fiksyen. Secara logiknya, apa-apa saja pergerakan yang menujah permukaan bumi sebenarnya mampu menggerakkannya - seperti pelancaran roket ke angkasa.

Bagaimanapun, tamadun manusia besar kemungkinan tidak akan mampu menghasilkan roket yang mampu memberikan impak pada bumi, berikutan saiznya yang jauh lebih besar.

Salah satu idea paling primitif yang benar-benar di kaji oleh penyelidik, adalah idea apa akan berlaku sekiranya semua manusia di bumi melompat pada waktu yang sama. Adakah akan berlaku perubahan pada kedudukan bumi?

Nampak macam kelakar kan persoalan itu tetapi penyelidikan terhadapnya telah pun dilakukan bagi mengambil kira segala kemungkinan yang boleh diambil. Jadi, apa akan berlaku pada bumi sekiranya kita semua melompat pada waktu yang sama? Adakah bumi akan bergerak.

Malangnya, tidak. Haha.

Antara kajian yang telah dijalankan bagi menjawab soalan ini

orang bersenam star jumpac524cf3fb39c72551232f3d267607ac

Seorang ahli fizik bernama Rheitt Allain daripada Universiti of Southeastern Lousiana telah pun melakukan perkiraan bagi mendapatkan jawapan kepada persoalan ini.

Dengan menggunakan anggaran berat keseluruhan 363 billion kilogram bagi semua penduduk bumi seramai 7 billion orang, dengan kemampuan melompat setinggi 30 cam setiap seorang, Allain meramalkan sekiranya semua 7 billion manusia melompat serentak - bumi hanya akan bergerak sebanyak 1/100 saiz sebuah atom hidrogen. Dalam erti kata lain, sangat kecillah pergerakannya.

Dalam satu kajian lain yang dijalankan secara santai, sekumpulan pengkaji yang bekerjasama dengan studio BBC United Kingdom telah meminta agar kesemua 50,000 orang pengunjung festival muzik Reading melompat serentak, bagi membolehkan impaknya diukur.

Lompatan 50,000 orang itu hanya mampu menghasilkan bacaan 0.6 pada skala magnitud. Bacaan 0.6 yang didapati itu tidak layak untuk masuk dalam mana-mana kategori magnitud gempa bumi, kerana gempa bumi kecil pun memerlukan bacaan 3.0 minima.

Dengan mengambil kira bacaan yang telah diterima dan membandingkannya dengan impak yang mampu dihasilkan sekiranya 7 billion orang melompat dalam satu masa, mustahil sebenarnya manusia mampu bersatu menggerakkan bumi hanya dengan menggunakan tubuh badan kita.

Gempa bumi mega pun tak berjaya

graduan melompat akan berlaku apa

Satu-satunya fenomena yang mampu menggerakkan bumi adalah gempa bumi. Gempa bumi Tohoku yang berlaku pada tahun 2011 di Jepun mempunyai bacaan 9 pada skala magnitud, sehinggakan memberikan kesan pada pusingan bumi serta memendekkan tempoh hari kita sebanyak 1.8 mikrosaat (1/1,000,000 saat).

Walaupun dengan kekuatan 9 pada skala magnitud pun yang menyamai 20 trilion kilogram letupan dinamit, impak sebesar itu hanya mampu memberi kesan yang sangat minima pada pergerakan dan kedudukan bumi.

Kami harap artikel ini menjawab persoalan 'apa akan berlaku pada bumi sekiranya semua manusia melompat dalam waktu yang sama.'




Hakcipta iluminasi.com (2017)