bapa bawa anak yang sakit ke kubur

Dalam perspektif undang-undang di negara kita, adakah anda tahu apa akan berlaku pada hutang piutang yang anda tinggalkan, seperti pinjaman dan kad kredit selepas anda meninggal dunia?

Jika anda masih lagi berada dalam keadaan tertanya-tanya berkenaan isu ini, kami harap kami dapat berkongsi beberapa penjelasan kepada mereka yang belum tahu, agar pencerahan kepada persoalan ini dapat dipenuhi.

Pembentukan estet harta seseorang

pembentukan estet harta

Semua orang yang meninggal akan meninggalkan harta yang telah mereka kumpulkan selama ini ke dalam satu bentuk yang dipanggil 'estet.' Estet kita akan diuruskan oleh mereka yang dilantik oleh kita semasa kita hidup ataupun mahkamah akan melantik seseorang seandainya tiada individu dilantik sebagai pengurus estet kita. Dalam terma yang betul, pengurus estet ini kita gelarkan sebagai seorang executor atau pelaksana.

Tugas pelaksana ini besar. Dia bertanggungjawab untuk mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Mahkamah Tinggi, Majlis Amanah Raya atau Bahagian Pembahagian Harta Pusaka Kecil untuk menjadikan dirinya pemegang amanah kepada estet yang akan diuruskan.

Bagaimanapun, sebelum diedarkan kepada waris, ada beberapa pihak yang berhak melakukan tuntutan ke atas jumlah estet.

Pihak-pihak yang layak melakukan tuntutan

membayar hutang

Ada beberapa pihak yang disahkan layak untuk membuat tuntutan dengan kuasa menuntut dikategorikan kepada 6 peringkat.

PertamaPihak yang melakukan pengurusan jenazah dan pengkebumian selepas berlakunya sesuatu kematian
KeduaYuran khas untuk pelaksana
KetigaKerajaan pusat dan kerajaan negeri berhak melakukan tuntutan ke atas jumlah tertunggak yang si mati tidak melunaskan semasa hidup
KeempatHutang seperti pinjaman sewa beli kenderaan, pinjaman rumah, pinjaman pendidikan, pinjaman, pinjaman perniagaan, pinjaman pelaburan seperti pinjaman ASB
KelimaPinjaman peribadi, nilai tunggakan kad kredit
KeenamBarulah baki akan diedarkan kepada penerima sama ada melalui kaedah wasiat, kaedah faraid atau kaedah menurut akta pusaka
Andainya jumlah yang dituntut tidak mampu dibayar oleh nilai estet si mati, sebagai contoh pinjaman kenderaan, pihak bank akan menawarkan kepada waris pilihan untuk meneruskan pinjaman dengan melakukan pertukaran nama. Jika pihak waris tidak bersetuju untuk meneruskan pembayaran pinjaman, pihak bank mempunyai hak untuk menarik premis yang disewa beli dan menjualnya, bagi mendapatkan amaun yang dituntut. Selepas itu, baki daripada jumlah yang tinggal akan dikembalikan ke dalam jumlah estet.

Bagi hutang kad kredit pula, jika tidak ada sebarang harta yang boleh dicairkan untuk dimasukkan ke dalam estet, pihak bank akan terpaksa menutup sahaja akaun hutang tersebut. Sekiranya si mati mempunyai aset yang boleh dicairkan, pihak penghutang boleh melakukan tuntutan ke atas nilai aset tersebut.

Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Melindungi Keluarga Yang Ditinggalkan?

menukar nama rumah

Bagi memudahkan pelbagai urusan, adalah dinasihatkan supaya anda berkongsikan kata laluan akaun bank anda kepada mana-mana individu yang anda percayai, agar dia boleh mengakses akaun anda selepas berlaku kematian.

Bagi mereka yang sudah berusia pula, adalah dinasihatkan untuk anda menukarkan nama aset anda yang sudah selesai pembayaran kepada waris yang dipilih. Sekiranya anda mempunyai rumah yang sudah ditukar nama, tidak ada pihak yang boleh melakukan tuntutan ke atas rumah tersebut kerana rumah itu bukan lagi sebahagian daripada estet anda.

Pastikan juga anda mengambil perlindungan insurans bagi dua pinjaman yang selalu kita ambil, iaitu perlindungan insurans untuk pinjaman perumahan dan kereta. Ini sangat penting dalam melindungi mereka yang anda tinggalkan supaya tidak terbeban dengan hutang pinjaman yang besar kemungkinan, tak mampu mereka bayar kemudian hari.

Buat wasiat sebelum meninggal dunia

gembira semasa meninggal

Sebagai nasihat terakhir, pastikanlah anda meninggalkan wasiat sebelum anda meninggal dunia. Orang kata, sediakan payung sebelum hujan. Perkhidmatan menulis wasiat kini sudah boleh didapati melalui agensi-agensi wasiat yang dilantik ataupun anda boleh melakukan proses wasiat terus dengan Amanah Raya.

Bayaran yang dikenakan oleh Amanah Raya adalah sebanyakan RM636 tidak kira bangsa, agama atau keturunan anda. Dalam proses menulis wasiat itu, pada masa yang sama perlantikan seorang pelaksana perlu dilakukan oleh anda. Dengan itu, sedikit sebanyak proses untuk menguruskan estet anda andainya anda meninggal kemudian hari akan menjadi lebih mudah kerana pihak pelaksana sudah dilantik dan waris anda harapnya akan mendapat estet anda dengan lebih pantas.

Olahan semula artikel

What Happens to Your Debts When You Die?


tags : , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)