Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
Selepas mendirikan rumahtangga tahun lalu, pelakon Anzalna Nasir kini didakwa telah hamil anak sulung.
Khabar angin tersebut timbul gara-gara sebuah kiriman Instagram Anzalna yang memaparkan foto buah mangga menjadi petanda seolah-olah dirinya sedang mengidam.
Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
Bagaimanapun Anzalna menafikan dakwaan tersebut. Menurutnya, dia hanya berniat untuk berkongsi dengan peminat tentang buah kegemarannya itu.
Sebenarnya saya suka makan buah mangga, jadi niat saya memuat naik gambar tersebut di Instagram bukan bermaksud nak beritahu saya sedang mengidam hamil. Sebelum berkahwin tak ada isu pula kalau makan makanan masam, bila dah kahwin orang fikir begitu pula ya. Saya tak berkecil hati dengan pertanyaan peminat, sebaliknya saya menganggap mereka ambil tahu tentang diri saya kerana sayang dan tak sabar nak tengok saya memiliki anak sendiri.
Sumber: Mstar
Namun Anzalna tidak menafikan hasratnya untuk bergelar ibu jika mendapat rezeki.
Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
Soal anak saya serahkan kepada Allah dan kalau rezeki sampai ada lah nanti, malah saya tidak mahu terlalu ambil pusing kata-kata orang. Saya bahagia dengan kehidupan saya dan ingin berterima kasih dengan peminat yang sentiasa mendoakan agar kami cepat menimang cahaya mata.
Sumber: Mstar