Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
Aktres Anzalna Nasir memuat naik sebuah kiriman Instagram yang membayangkan dirinya sedang hamil.
"Tak sabar nak tunjuk video kahwin dekat anak. Syukur ya Allah," tulis bakat kelahiran program Dewi Remaja ini.
Kapsyen itu disertai tanda pagar #Hanzalna2yearsanniversary sempena ulang tahun perkahwinannya dengan suami, Hanif Zaki yang disambut tiga hari lalu.
Kredit foto: Instagram Anzalna Nasir
Susulan itu, rata-rata peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada beliau dan Hanif.
Sejauh mana dakwaan ini tidak pula diketahui. Malah usaha untuk mendapatkan pengesahannya juga gagal kerana panggilan telefon dan kiriman mesej yang dibuat portal Sinar Harian tidak berjawab.
Sementara itu, Anzalna turut meluahkan ucapan 'sweet' kepada suami, kedua ibu bapa dan keluarganya yang dikatakan sering berada di sisi dalam apa juga keadaan.
Anzalna berkata, dia begitu mencintai segala-galanya tentang Hanif, dari kepala hingga ke hujung kaki.
"Memang sengaja tak nak sunting gambar bagi cerah. Walaupun dalam kegelapan tapi pegangan tangan yang erat dapat merasakan cinta yang tak pernah hilang, tak pernah rasa jemu walaupun 14 tahun bersama.
"Sentiasa berdoa semoga hubungan kami suami isteri bahagia bersama sehingga ke akhir hayat. InsyaALLAH. Terima kasih kepada semua yang mendoakan untuk kami," tulisnya dalam ruangan kapsyen sebuah lagi kiriman foto.
Apa yang menarik perhatian, Anzalna mendedahkan sepanjang dua tahun berkahwin, mereka hanya bergaduh dua kali sahaja.
“Dua tahun perkahwinan, 12 tahun bercinta, dua kali bergaduh sepanjang kahwin (gaduh pun sekejap saja sebab teringat kata-kata ustaz di kursus kahwin).
“Alhamdulillah.. saya harap ia kekal begini selama-lamanya. Hargai yang tersayang dan insyaAllah, perhubungan anda akan kekal,” serunya.
Sumber berita: Sinar Harian