fouziah gous disahkan hamil anak kedua

Kredit foto: mynewshub.cc

Pelakon Fouziah Gous menerima berita gembira apabila dia disahkan sedang mengandung anak kedua bersama suaminya Zhafran Yusof yang diumumkan sendiri oleh pelakon itu menerusi akaun Instagram miliknya. 

Menurut Fouziah lagi, suaminya pernah menceritakan kepadanya tentang sebuah mimpi namun dia tidak menyangka ianya merupakan petanda kehamilannya itu.

Ada cerita kelakar sebenarnya tentang kehamilan saya kali ini. Suami ada beritahu yang dia bermimpi saya mengandung. Tapi saya fikir itu hanya sekadar mainan tidur.


Suami bawa saya ke hospital untuk buat pemeriksaan. Doktor mulanya menyangka saya ada gastrik. Saya hampir menjalani rawatan susulan tetapi pada hari yang sepatutnya saya lakukan rawatan tersebut, saya beritahu doktor bahwa simptom-sipmtom yang saya alami ini sama seperti ketika hamilkan anak pertama dulu. Kemudian suami bawa saya membuat pemeriksaan doktor sekali lagi dan ketika itu doktor sahkan saya hamil tujuh minggu. Sekarang sudah 14 minggu.

Kami berharap agar Fouziah dapat menjaga kesihatan diri dan kandungannya itu sehingga selamat dilahirkan kelak.

Sumber: malaysiandigest.com & beautifulnara.com


tags : , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)