Pusat membeli-belah Arcade Providence yang terletak di Rhode Island merupakan shopping mall tertua di Amerika yang dibina pada tahun 1828. Dulu, ia menempatkan 48 buah butik berlainan tetapi sekarang telah diubah menjadi apartment mikro seluas 225 hingga 275 kaki persegi. (Untuk anda mudah membuat perbandingan, satu garaj kereta biasa mempunyai keluasan 200 kaki persegi.)

BESARKAN TEKS     A-  A+

atrium di luar rumah cantik kan

Peningkatan populariti apartment mikro semakin meningkat disebabkan pertambahan bilangan orang muda dan bujang yang berhijrah ke bandar. Bangunan tiga tingkat itu telah direka bentuk semula oleh Northease Collaborative Architect namun masih mengekalkan ciri-ciri seni bina Greek dengan tiang, batu dan dinding yang cantik.

Rekaan semula apartment ini hanya melibatkan tingkat kedua dan ketiga kompleks itu. Tingkat bawah masih mempunyai deretan kedai, bar dan restoran untuk para penyewa serta pengunjung.

bahagian dalam rumah apartment mikro

Apartment mikro dengan pelan terbuka ini lengkap dengan perabot dan peralatan rumah seperti sofa, laci 4 tingkat, peti ais mini, kabinet dapur, sinki, ketuhar gelombang mikro, meja makan, TV 50 inci dan bilik air. Penyewa hanya perlu datang membawa beg baju sahaja.

Selain itu, bilik dobi lengkap dengan mesin basuh dan pengering serta bilik rehat yang menempatkan permainan arked dan TV juga disediakan.

apartment yang cantik tenang dan aman damai

Pada zaman sejarah pembukaannya, kompleks membeli-belah ini hanya beroperasi selama dua jam setiap hari dari pukul 11 pagi hingga 1 tengah hari dengan menyediakan food court dan butik bagi peniaga tempatan. Kemudian bangunan ini diisytiharkan sebagai Tapak Sejarah Amerika pada tahun 1976.

rupa asal kompleks membeli belah

Memandangkan bangunan ini tidak mempunyai lif, ramai pengunjung tidak mahu memanjat tangga untuk melihat kedai-kedai di tingkat atas. Disebabkan perniagaan kurang mendapat sambutan, kompleks membeli-belah ini ditutup secara rasmi pada tahun 2008.

kecil tapi selesa apartment mikro rhode island amerika syarikat

Tahun lepas ia dibuka semula sebagai kompleks apartment mikro setelah diubahsuai dengan dana $10 juta yang dikumpul oleh pelabur persendirian. Paling mengejutkan, permintaan untuk sewaan apartment ini amat tinggi sehingga ada 400 orang dalam senarai menunggu!

Banyak bangunan terbengkalai di Malaysia ni. Kalau boleh diubahsuai macam ni kan bagus.




Hakcipta iluminasi.com (2017)