Kebiasaannya, telefon pintar boleh digunakan sekitar 3 - 5 tahun sebelum ia perlu diganti kerena sudah rosak atau ketinggalan teknologi. Telefon pintar dan barang-barang elektronik merupakan antara ancaman kepada alam sekitar pada zaman kini memandangkan tempoh hayatnya yang singkat.

Sekiranya anda bercadang untuk membuang telefon tersebut, pastikan anda melupuskannya dengan cara yang betul kerana telefon biasanya diperbuat daripada bahan-bahan kimia yang boleh mencemarkan alam sekitar. Cara yang terbaik adalah meletakkannya dalam kotak pelupusan telefon lama yang biasanya disediakan di pusat pengumpulan kitar semula barang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Masalah penebangan hutan secara haram
pembalakan haram

Di Malaysia mahupun serata dunia, biasanya kerajaan akan mewartakan sesetengah kawasan sebagai hutan simpan. Kawasan yang sudah diwartakan ini berperanan sebagai tempat tadahan hujan dan tidak boleh diceroboh dan ditebang sama sekali.

Bagi memastikan sumber hutan terus terpelihara, kerajaan biasanya hanya akan mengeluarkan lesen menebang pokok kepada syarikat-syarikat layak sahaja. Jumlah lesen yang dikeluarkan ini dihadkan bagi kawasan dan tempoh tertentu sahaja bagi memastikan kita mempunyai sumber hutan untuk tempoh masa yang panjang.

Walau bagaimanapun, kegiatan penebangan secara haram masih juga berlaku. Lokasi penebangan hutan yang terpencil menyukarkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dan membuat serbuan ke atas syarikat yang menjalankan aktiviti penebangan secara haram ini.

Peratusan aktiviti penebangan haram juga sangat membimbangkan. Mengikut laman National Geographic, kira-kira 50% hingga 90% aktiviti penebangan hutan diseluruh dunia adalah dilakukan secara haram. Penebangan secara haram ini semestinya menjejaskan ekosistem semulajadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan kawasan hutan yang ditebang.

Bagaimanakah kita boleh menangani perkara ini? Adakah terdapat teknologi tertentu yang dibangunkan bagi membolehkan pihak berkuasa memantau aktiviti penebangan secara haram ini?

Teknologi memantau alam sekitar menggunakan telefon pintar lama

teknologi sistem notifikasi 270

Percayakah anda, seorang jurutera bernama  Aubrey Daniels telah membangunkan satu teknologi dimana telefon-telefon lama ini boleh dimanfaatkan kembali dan digunakan untuk menyelamatkan kawasan hutan simpan daripada aktiviti penebangan secara haram?

Sewaktu sedang mengembara di sebuah hutan di kawasan Indonesia, seorang lelaki bernama Topher White telah terserempak dengan sekumpulan pekerja yang sedang menebang pokok secara haram. Menariknya, kegiatan itu tidak jauh daripada stesyen renjer yang berada di kawasan berdekatan.

Walau bagaimanapun, bunyi kicauan buruk dan serangga seolah-olah menenggelamkan bunyi bising yang terhasil daripada gergaji para pekerja ini. Dalam erti kata lain, walaupun terdapat stesyen renjer yang berada di kawasan berhampiran, pasukan renjer ini tidak dapat mendengar dengan jelas terdapat aktiviti penebangan hutan yang sedang dilakukan oleh pembalak haram tersebut.

Keadaan ini memberikan ilham kepada Topher White untuk mencipta satu alat yang dapat mengesan bunyi bising daripada gergaji pembalak haram dan menghantar notifikasi kepada pasukan renjer untuk melakukan serbuan dengan segera. Maka, lahirlah idea penggunaan telefon pintar lama yang dijadikan sebagai mikrofon untuk mengesan bunyi bising yang dihasilkan oleh gergaji pembalak haram.

Pengubahsuaian telefon pintar kepada alat pengesan bunyi

aubrey daniel forest hero

Setelah berjaya membangunkan sistem yang diimpikan, beliau kembali semula ke kawasan hutan tersebut untuk mencuba alat yang baru dibangunkan itu. Beliau memasang beberapa telefon yang telah diubahsuai tersebut di beberapa laluan masuk dan kawasan strategik.

Tidak lama kemudian, beliau mendapat notifikasi di telefon bimbitnya tentang bunyi bising yang berkemungkinan dihasilkan oleh pembalak haram ini. Setelah memaklumkan perkara tersebut kepada pasukan renjer, mereka kemudiannya bergegas ke tempat kejadian untuk membuat serbuan dan ternyata alat ciptaannya itu benar-benar dapat mengesan aktiviti pembalakan haram!

Bagi memastikan sistem yang dibangunkan ini berfungsi dengan sebaiknya, beliau telah meletakkan telefon tersebut dalam bekas plastik untuk melindunginya daripada air hujan. Selain itu, satu panel solar juga disambung padanya untuk membekalkan tenaga elektrik. Apabila telefon ini mengesan bunyi bising, maka secara automatik ia akan menghantar notifikasi melalui mesej atau emel kepada pihak berkuasa.

Penggunaan teknologi lain untuk pemantauan aktiviti penebangan secara haram

topher white

Terdapat juga pihak yang menyarankan penggunaan drone dan satelit untuk memantau aktiviti penebangan secara haram. Walau bagaimapun, kedua-dua teknologi ini secara umumnya tidak membenarkan pihak berkuasa bertindak balas dalam masa nyata kerana informasi yang didapati adalah dalam bentuk imej. Sebaik sahaja pihak berkuasa melakukan serbuan, pembalak haram ini biasanya sudah melarikan diri.

Topher White sangat serius dalam membangunkan teknologi ini. Beliau telah menubuhkan sebuah organasi diberi nama Rainforest Connection yang berperanan untuk mengumpulkan telefon-telefon pintar terpakai bagi tujuan ini. Beliau juga sudah membangunkan lebih 100 alat pengesan bunyi ini yang dipasang di hutan-hutan sekitar Indonesia, Cameroon, Romania, Brazil, Ecuador, Peru, Nicaragua dan Bolivia.

Beliau juga telah melancarkan kempen di laman KickStarter bagi mengumpul dana bagi usahanya ini. Pada masa hadapan, beliau juga merancang untuk membina teknologi bagi mengesan pemburu haram pula bagi melindungi haiwan-haiwan yang diancam kepupusan.

Kredit:

  1. NY Times
  2. National Geographic
  3. The Guardian
  4. PopSci



Hakcipta iluminasi.com (2017)