Oleh pada 30 Jul 2017 kategori

love grace cleanse

Hidup kita sememangnya menjadi semakin mudah dengan kehadiran plastik. Adalah mustahil bagi kita untuk mengelakkan penggunaan plastik secara menyeluruh, namun terdapat cara untuk kita mengurangkan penggunaan plastik.

Walaupun terdapat sesetengah plastik yang mesra alam dan selamat bagi kita tetapi terdapat juga plastik yang berbahaya dan boleh menjejaskan kesihatan serta menyebabkan pencemaran yang bahaya ketika dihasilkan. 

carta 2

Sebagai pengguna, anda perlu bijak dalam memilih penggunaan plastik. Jika anda nak kurus, anda akan sering semak maklumat pemakanan di belakang pek makanan, sama juga seperti barangan plastik.

Jadi, amatlah penting bagi kita semua mengetahui dan memahami kod kitar semula yang dilampirkan di bahagian bawah produk plastik tersebut. Simbol ini digunakan untuk mengenalpasti jenis plastik serta kebolehan mengitar semula.

Sebelum membeli barangan plastik, semak nombor-nombor ini terlebih dahulu:

  • Pilihan selamat adalah kod 1, 2, 4, 5
  • Elakkan kod 3, 6 dan kebanyakan plastik dilabel kod 7

Maksud bagi setiap kod kitar semula

Kod #1 : PET atau PETE (Nylon)

kod 1

Tekstur : Nipis dan jernih

Penggunaan biasa : Botol (air mineral, air berkarbonat, jus) , botol minyak masak, mentega kacang dan sebagainya.

Cadangan penggunaan : Kalau boleh elakkan, itu yang terbaik. Tapi masih selamat.

air mineral 514

Plastik ini antara yang paling kerap kita temui dalam kehidupan seharian, terutamanya botol air mineral. Kajian menunjukkan plastik ini boleh merembeskan antimoni dan phthalates (dikaitkan dengan asma, barah payudara, obesiti, kesuburan lelaki dll). Jika terpaksa digunakan, jauhkan dari haba dan jangan menggunakannya semula.

Jika plastik berkod 1 ini dikitar semula, ia boleh menghasilkan produk seperti fabrik, karpet atau kayu plastik.

Kod #2 : HDPE (High-Density Polyethylene)

kod 2 445

Tekstur : Tebal dan legap

Penggunaan biasa : Botol susu, botol jus, bekas sabun basuh baju, botol shampu, bekas minyak enjin, mainan kanak-kanak

Cadangan penggunaan : Selamat digunakan. Namun terdapat bukti ia mengeluarkan bahan kimia yang mengganggu sistem hormon 

hdpe

Bagi plastik berkod 2 ini, ia boleh digunakan semula namun mempunyai had. Pengitaran semula plastik kod 2 boleh menghasilkan produk sama seperti plastik kod 1.

Kod #3 : PVS (Polyviyl Chloride)

kod 3

Tekstur : Tegar atau fleksibel

Penggunaan biasa : Sarung tilam, pembalut plastik komersial, bekas bahan pencuci

Cadangan penggunaan : Sangat perlu dielakkan, kerana boleh menjadi sangat toksik dan menyebabkan masalah pembiakan bagi lelaki serta kecacatan kelahiran.

plastic wrap

Ketika menghasilkan plasti PVC ini, sejenis karsinogen yang sangat kuat iaitu dioxin terhasil yang membahayakan manusia, haiwan dan juga alam sekitar. Ia juga berkemungkinan mengandungi phthalates yang digunakan untuk menjadikan PVC lebih fleksibel dan tahan lama. 

Hanya sesetengah kilang kitar semula sahaja yang menerima PVC, kerana ia sukar untuk dikitar semula.

Kod #4 : LDPE (Low-Density Polyethylene)

kod 4

Tekstur : Lembut dan fleksibel

Penggunaan biasa : Beg plastik, pembalut plastik yang digunakan di rumah, beg sampah dan sebagainya.

Cadangan penggunaan : Selamat untuk digunakan. Namun terdapat bukti ia mengeluarkan bahan kimia yang mengganggu sistem hormon 

beg plastik

Plastik Low-Density Polyethylene ini adalah antara plastik yang paling selamat untuk digunakan. Namun, ia harus dikitar semula dan kurangkan pembuangan menjadi sampah dengan menggunakan bag kertas atau beg plastik guna semula ketika anda membeli belah.

Kod #5 : PP (Polypropylene)

kod 5 132

Tekstur : Keras tetapi fleksibel

Penggunaan biasa : Bekas ais krim, straw minuman, botol air, lampin dan sebagainya

Cadangan penggunaan : Selamat untuk digunakan

botol air 232

Plastik polypropylene juga antara plastik yang paling selamat digunakan tapi pastikan anda mengitar semula.

Kod #6 : PS (Polistrena)

kod 6

Tekstur : Tegar dan tak fleksibel

Penggunaan biasa : Bekas makanan dan minuman styrofoam

Cadangan penggunaan : Elakkan kerana boleh merembeskan stirena yang toksik kepada otak dan sistem saraf, serta meningkatkan risiko barah.

bekas styrofoam

Antara plastik yang paling luas digunakan di negara kita terutama dalam perniagaan makanan sebagai plastik pembungkus. Banyak negeri di Malaysia telah mengharamkan penggunaan plastik ini di gerai-gerai makanan.

Kod #7 : Lain-lain (termasuk polikarbonat, bioplastik dan akrilik)

kod 5 776

Tekstur : Mudah dibentuk dan tegar

Penggunaan biasa : Botol bayi, botol air berisipadu tinggi (20 liter), sudu dan garfu plastik, lapisan makanan dalam tin dll.

Cadangan penggunaan : Elakkan kerana merembeskan BPA yang boleh mengganggu sistem hormon dan meningkatkan risiko barah.

Plastik berkod 7 ini adalah terdiri daripada pelbagai jenis plastik, termasuk polikarbonat yang dibuat daripada BPA (Bisphenol A). Oleh itu, anda sering melihat botol air yang selamat digunakan (biasanya diperbuat daripada plastik kod 5) akan memaparkan nota "BPA-Free" bagi menyatakan tiada penggunaan BPA dalam pembuatan botol tersebut kerana plastik jenis ini adalah sangat bahaya.

other

Alternatif baru bagi polikarbonat seperti co-polyesters juga dilabel kod 7.

Elakkan penggunaan plastik ini. Tetapi jika digunakan, jangan panaskan atau guna semula melainkan jika memang direka khas untuk tujuan guna semula.

Rujukan : Life Without Plastic


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)