Oleh pada 29 Jan 2022 kategori

Kredit: Facebook @azizanosmanofficial

 

Menerusi Facebook, mentor usahawan jutawan, Datuk Azizan Osman berkongsi pengalamannya selepas setahun berjuang melawan virus Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh. 

 

Menurutnya, hasil perbincangan doktor pakar ketika itu, beliau mempunyai harapan yang amat tipis untuk dapat hidup dengan lebih lama disebabkan serangan virus maut itu ke atas paru-parunya dan tahap oksigen yang menurun.

 

Melalui pengalaman buruk itu, antara perkara yang dipelajarinya ialah setiap perkara mempunyai proses yang mengambil sedikit masa untuk mendapatkan hasil terbaik.

 

"Contohnya, ketika dalam tempoh pemulihan, doktor saya ada berpesan, penyembuhan berkemungkinan mengambil masa selama 3 sehingga 6 bulan. Jangan terlalu memaksa.

 

"Saya pastikan diri ini mengambil makanan yang sihat; mendapatkan tidur yang secukupnya dimana ketika itu terlalu sukar untuk tidur; dan banyakkan berehat dari terlalu banyak berfikir kerana stres akan melambatkan proses pemulihan," jelasnya.

  

 

Selain itu, beliau juga bertukar menjadi seorang yang tidak mensia-siakan setiap peluang dan insan yang hadir dalam hidupnya.

 

"Ambil risiko! Saya melangkah menjadi antara pelabur utama dalam syarikat di Bursa Malaysia (MPay Berhad) dan membuat banyak lagi tindakan yang lebih berani.

 

"Secara peribadi, semua yang berlaku membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan orang sekeliling seperti seluruh anak didik saya. Ramai yang mendoakan saya ketika sakit," tegasnya.

 

Untuk pengetahuan, ibu mertua Datuk Azizan yang juga menjadi mangsa Covid-19, meninggal dunia pada 24 Januari 2021 di hospital yang sama beliau dirawat.

 

Komen Pilihan

azizan osman sembuh covid 19

 

"Insya-Allah, barakah memberi ilmu kepada orang ramai akan dianugerahkan dan terpelihara kesihatan," beritahu seorang pengguna Facebook.

 

Sumber: Facebook Datuk Azizan Osman 




Hakcipta iluminasi.com (2017)