Kematian akibat coronavirus Wuhan di Itali telah melonjak dengan sangat mendadak sejak kebelakangan ini.

Setakat ini, jumlah kes yang disahkan di Itali adalah sebanyak 35,713 kes dengan 2,978 kematian.

Ini sekaligus menjadikan Itali sebagai negara yang paling terkesan dengan wabak ini selepas negara asal coronavirus iaitu China dengan jumlah kes sebanyak 80,928 dan 3,245 kematian.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, kadar kematian negara ini disebabkan  COVID-19 adalah sebanyak 5%, angka yang jauh lebih tinggi daripada purata global sebanyak 3.4%,.

Persoalannya adalah, mengapa mengapa kematian di negara ini begitu tinggi?

Satu faktor yang mempengaruhi kadar kematian di Itali adalah usia penduduknya.

Itali mempunyai penduduk tertua di Eropah, dengan kira-kira 23% penduduk berusia 65 tahun atau lebih.

Menurut laporan PBB pada tahun 2015, 28.6% penduduk Itali berusia 60 tahun ke atas (kedua di dunia selepas Jepun dengan 33%).

warga emas di itali ditidakkan hak penjagaan intensif

Peratusan ini agak jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan negara kedua yang paling terkesan di luar China iaitu Korea Selatan, dengan hanya 18.5% daripada penduduk Korea Selatan adalah sekurang-kurangnya 60 tahun.

Umur median di Itali ialah 47.3, berbanding dengan 38.3 di Amerika Syarikat dan 30.3 di Malaysia.

Kebanyakan kematian di Itali berlaku dalam kalangan rakyat berusia 80-an dan 90-an, iaitu populasi yang diketahui lebih mudah mengalami komplikasi teruk dari COVID-19.

Menurut Aubree Gordon, seorang profesor epidemiologi bersekutu di University of Michigan, kadar kematian secara keseluruhannya bergantung kepada demografi penduduk.

Dalam kes ini, kadar kematian yang dilaporkan bukan bersandarkan pada umur, yang merupakan satu cara untuk melaraskan dengan demografi asas penduduk.

Memandangkan penduduk Itali yang lebih tua, kita boleh menjangkakan bahawa kadar kematian mereka lebih tinggi secara purata (jika semua aspek lain adalah sama), berbanding dengan negara yang mempunyai populasi yang lebih muda.

Selain itu, Krys Johnson, ahli epidemiologi di Temple University College of Public Health pula berkata bahawa semakin kita berusia, peluang untuk mengembangkan sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan yang melemahkan sistem imun badan seperti kanser atau kencing manis akan meningkat,

Penyakit sedemikian juga membuatkan orang lebih terdedah kepada penyakit yang teruk dari coronavirus.

sebab kematian akibat coronavirus di itali sangat tinggi

Isu lain mungkin adalah bilangan orang di kawasan tertentu yang memerlukan rawatan perubatan. Ini kerana mempunyai ramai orang sakit yang teruk di satu kawasan boleh berpotensi memberikan tekanan kepada sistem perubatan, kata Aubree .

Beliau menyatakan bahawa ini mungkin berlaku di Wuhan, China, di mana wabak coronavirus bermula dan yang menyaksikan kebanyakan kes COVID-19 berlaku di China.

Laporan baru-baru ini dari WHO mendapati bahawa kadar kematian di Wuhan adalah 5.8%, berbanding dengan 0.7% di seluruh China.

Dan yang terakhir, Itali mungkin tidak mengambil kira kes-kes COVID-19 yang ringan. 

Biasanya apabila ujian-ujian berkembang dalam sesebuah komuniti, lebih banyak kes ringan ditemui yang kemudiannya akan mengurangkan kadar kematian secara keseluruhan.

Ini adalah apa yang berlaku di Korea Selatan, di mana kadar ujian yang dilakukan adalah cukup tinggi iaitu 3,692 ujian bagi setiap sejuta orang (hingga 8 Mac) dan kematian di kalangan mereka yang dijangkiti agak rendah iaitu kira-kira 0.6% atau 66 kematian (pada kiraan terakhir). 

Sebaliknya, Itali melakukan ujian ke atas kira-kira 826 orang bagi setiap sejuta orang dan kematian di kalangan mereka yang mengidap jangkitan kira-kira 10 kali lebih tinggi, dengan lebih daripada 2,500 orang mati akibat penyakit ini.

Sehingga 7 Mac 2020, Itali telah menjalankan lebih daripada 42,000 ujian namun terdapat kemungkinan wabak yang agak besar di kawasan itu, yang memerlukan lebih banyak ujian untuk mengenal pasti peratusan sebenar.

doktor itali gambarkan saat saat terakhir pesakit koronavirus

Krys Johnson berkata mereka yang mempunyai gejala ringan atau mereka yang lebih muda, mungkin tidak akan diuji.

Beliau mengesyaki bahawa kadar kematian sebenar di Itali adalah hampir dengan kadar kematian global iaitu sebanyak 3.4%.

Selain itu, doktor di Itali sedang melakukan catuan dalam unit penjagaan intensif akibat wabak ini dan pegawai perubatan mendesak pekerja penjagaan kesihatan untuk tidak merawat pesakit berusia atau pesakit dengan komorbiditi (kehadiran satu atau lebih penyakit tambahan bersama dengan penyakit utama )tertentu, tidak kira sama ada mereka dijangkiti virus ini atau tidak.

Kolej Anesthesia, Analgesia, Resusitasi dan Rawatan Intensif Itali (SIAARTI) menerbitkan garis panduan utilitarian yang menyatakan bahawa doktor dan jururawat harus menafikan rawatan bagi orang yang mempunyai jumlah jangkaan baki umur untuk hidup yang lebih rendah.

Ini termasuk semua pesakit warga emas yang memerlukan rawatan penjagaan intensif dan bukan hanya mereka yang menderita akibat coronavirus. 

Pesakit yang berusia tanpa tanda-tanda COVID-19 boleh tidak diberikan hak di ICU untuk memberikan ruang kepada pesakit yang lebih muda yang mana pakar perubatan rasakan mempunyai masa depan yang lebih panjang.

Dengan itu, pesakit-pesakit muda ini dilihatkan sebagai satu cara yang lebih baik untuk melaburkansumber perubatan mereka. 

Ini mungkin memburukkan lagi kadar kematian disebabkan wabak COVID-19 di Itali.

Rujukan:

1. Mengapa Kematian Akibat Coronavirus Sangat Tinggi Di Itali

2. ICU Itali Gesa Untuk Tidak Rawat Warga Emas Akibat Coronavirus

3. Statistik Kes Dan Kematian Akibat Wabak COVID-19




Hakcipta iluminasi.com (2017)