rahim mahu jep sepahtu jadi lebih matang selepas berkahwin 601

Kredit foto: femagonline.com

Tindakan Jep Sepahtu yang tidak menjemput media ke majlis perkahwinan mereka baru-baru ini pasti membuatkan para wartawan kecil hati.

Kawan rapat kepada pelawak itu, Rahim menghormati keputusan kawannya itu tetapi berfikiran Jep perlu lebih matang dalam isu ini bagi menjaga hubungan baik dengan media.

Saya tidak boleh mewakili dia sebab dia ada sebabnya yang tersendiri. Secara peribadi, saya rasa hubungan baik artis dengan media itu perlu. Kurang adil dan tidak berapa elok jika saya komen bagi pihak dia. Kita harapkan benda yang baik selepas ini.

Setiap manusia ada kerenahnya. Kami nak buat di radio ini lama. Susah bekerja jika tiada persefahaman kerana setiap hari mengadap muka. Ada benda yang perlu, saya nasihat. Dia pun sudah bergelar suami, tanggungjawabnya pun akan lebih. Saya harapkan dia menjadi lebih matang. Itu harapan dan doa saya.

Sumber: Malay Mail Online

Dalam hal yang lain, Rahim berharap kerjasamanya bersama Jep dan Shuib menerusi segmen 'Sepahtu Sinar' yang keudara akan kekal lebih lama meskipun mereka kadangkala berselisih pendapat.

Sumber: beritapremium.com


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)