Salah satu perkara yang paling terkesan akibat penularan wabak COVID-19 sudah tentunya perjalanan udara.

Sebaik sahaja Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkan wabak ini sebagai pandemik, kebanyakan negara di dunia memutuskan sama ada untuk melaksanakan sekatan perjalanan atau pun penutupan sempadannya sebagai usaha untuk mengekang penyebaran virus ini.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini pastinya mengakibatkan banyak penerbangan disekat atau dibatalkan.

Memahami akan keperluan yang mendesak untuk mengubah tarikh atau destinasi penerbangan, banyak syarikat penerbangan di seluruh dunia telah memperkenalkan dasar penukaran yang lebih fleksibel untuk meringankan beban pelanggan mereka.

1. Malaysia Airlines

malaysia airlines 709

Malaysia Airlines atau MAS memberikan fleksibiliti untuk mengubah penerbangan mereka tanpa had atau caj kepada semua penumpang dengan tempahan baru atau sedia ada.

Pemegang tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 31 Mac 2020 boleh membuat perubahan tarikh penerbangan tanpa had (dengan pengecualian caj perubahan tarikh) dan perubahan destinasi (sebarang perbezaan tambang akan dikenakan).

Semua tempahan semula mestilah dibuat pada atau sebelum 31 Mei 2020. Penerbangan pulang bagi tiket yang ditempah semula mestilah diselesaikan menjelang 31 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Malaysia Airlines.

2. AirAsia

air asia

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik di Asia iaitu AirAsia menawarkan tawaran yang menarik kepada pelanggannya.

Bagi penumpang yang mana penerbangan mereka terkesan oleh sekatan atau pembatalan, mereka diberikan kelebihan untuk mengubah penerbangan sebanyak sekali ke tarikh perjalanan baru pada laluan yang sama dalam masa 90 hari kalendar dari penerbangan asal tanpa sebarang kos tambahan.

Para pelanggan AirAsia  juga dibenarkan untuk membatalkan tempahan mereka dan nilai tambang mereka diberikan semula sebagai kredit AirAsia BIG, atau mendapatkan bayaran balik sepenuhnya untuk tempahan berkenaan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari AirAsia.

3. Emirates

penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan emirates

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dubai ini memberikan fleksibiliti kepada pelanggannya untuk menjadualkan semula perjalanan mereka.

Sebarang tempahan yang dibuat pada atau sebelum 31 Mac 2020 boleh ditempah semula kepada tarikh baru.

Tempahan semula ini tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan, kecuali perbezaan pada tambang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Emirates.

4. Etihad Airways

etihad airways

Bagi pelanggan yang menempah tiket penerbangan dengan Etihad Airways, mereka dibenarkan untuk mengubah tarikh percutian dan penerbangan kepada tarikh baru dari 8 Mac hingga 7 April 2020. 

Perubahan ini tidak akan dikenakan sebarang caj oleh Etihad.

Bari penumpang penerbangan sebelum 30 Jun 2020 yang telah dibatalkan, mereka juga dibenarkan untuk menjadualkan semula tetapi perbezaan tambang akan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Etihad Airways.

5. Qantas and Jetstar

qantas dan jetstar

Kedua-dua syarikat penerbangan Australia ini memberikan pelanggannya pengecualian caj perubahan untuk penerbangan antarabangsa yang dibuat sebelum 31 Mac 2020 untuk perjalanan sehingga 30 Jun 2020.

Walau bagaimanapun, pelanggan hanya terhad kepada satu perubahan dan perlu membayar perbezaan tambang jika ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Qantas.

6. Qatar Airways

qatar airways pembatalan atua penangguhan penerbangan

Qatar Airlines membenarkan mana-mana penumpang yang -enerbangannya terkesan dengan wabak COVID-19 untuk menempah semula tiket mereka kepada tarikh atau destinasi alternatif.

Mereka juga boleh meminta bayaran balik penuh untuk tiket mereka tanpa sebarang bayaran.

Kelayakan bergantung pada tarikh perjalanan asal yang berbeza mengikut destinasi.

Untuk maklumat lanjut, layari Qatar Airways.

7. Singapore Airlines

singapore airlines

Singapore Airlines akan membenarkan semua caj pembatalan dan perubahan bagi pelanggan yang terjejas oleh sekatan masuk atau transit untuk tiket yang dikeluarkan pada atau sebelum 4 Mac.

Tarikh perjalanan baru mesti bermula pada atau sebelum 31 Ogos 2020 dan perbezaan tambang dikenakan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Singapore Airlines.

Untuk mana-mana syarikat penerbangan yang tidak disenaraikan di sini, sila semak laman sesawang rasmi kerana kebanyakan daripada mereka telah menghasilkan satu laman khas untuk COVID-19 dengan maklumat mengenai pembatalan penerbangan, tempahan semula dan dasar penukaran laluan.

Rujukan:

1. Ini Apa Yang Anda Boleh Lakukan Jika Penerbangan Dibatalkan Atau Ditangguhkan Disebabkan Wabak COVID-19

2. Malaysia Airlines

3. AirAsia




Hakcipta iluminasi.com (2017)