aliff syukri dedah 10 rahsia

Kredit foto: ohmedia.my

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman mendedahkan pahit jerih yang dilaluinya sebelum melakar nama dalam dunia perniagaan.

"Saya juga pernah jatuh. Tapi, percaya atau tidak apa yang saya ada pada hari ini berkat usaha saya.

"Saya juga pernah mengalami zaman kejatuhan suatu ketika dahulu sehingga semuanya buntu dan tidak tahu hendak bermula daripada mana," tulisnya di laman Instagram.

Begitupun, kata Aliff, nekad usahanya tidak pernah padam hingga akhirnya berjaya bangkit di celah-celah kemelut yang melanda.

Khas buat para pengikut, Aliff berkongsi 10 rahsia yang memberi motivasi hingga beliau berjaya berada di tahapnya sekarang.

"10 perkara yang sangat bermotivasi membuatkan saya sedar terhadap beberapa perkara yang saya anggap kecil tetapi sangat besar impaknya kepada saya untuk saya bangkit daripada kesedihan atau kesusahan.

"Insya-ALLAH, tips ini ikhlas daripada saya dan boleh menaikkan semangat anda di kala anda sedih dan jatuh," katanya.

Berikut 10 rahsia kejayaan Aliff berbentuk ucapan motivasi yang didedahkan dalam entri tersebut.

1) Pecahkan masalah kepada masalah-masalah yang kecil dan selesaikan satu persatu.

2) Sedekahlah walapun dalam kuantiti sedikit. Insya-ALLAH, kita akan dapat 10 kali dari apa kita beri.

3) Anggap penghinaan itu sebagai cabaran.

4) Usah peduli kata orang yang tidak menyokong ketika kita gagal kerana apabila sudah berjaya mereka pasti akan menyokong dan berbangga malah bertanya pula bagaimana untuk berjaya. Ketika itu jangan ada dendam dan doakan yang terbaik untuk mereka.

5) Mintalah doa dan restu ibu bapa.

6) Doa senjata paling hebat dan dahsyat terutama bagi orang yang teraniaya.

7) Mengalah tak semesti kalah, simpan peluru sebab anda ingin menembak musuh. (*fahami ayat saya ya dalam maksud ya*)

8) Bangun pagi dan mulakan langkah lebih awal dari orang lain dan simpan niat anda untuk bangkit.

9) Bayangkan anda seorang super hero dan kuat bila anda rasa lemah.

10) Berkawan dengan orang yang positif dan jauhkan dari orang yang negatif.

Lantas perkongsian pengasas D'Herbs ini menerima respon positif daripada netizen.

Rata-ratanya mengucapkan penghargaan sekaligus menyatakan betapa kiriman itu memberi impak untuk mereka meneladani kejayaan yang diraih beliau.

"Pertama kali saya rasa kiriman @aliffsyukriterlajaklaris yang paling berguna untuk orang lain mencipta kejayaan," komen wanzu88.

"Terima kasih untuk perkongsian ini, Datuk Seri. Sedih dan terharu membacanya. Sebab saya juga mengalami kejatuhan yang teramat dengan semua usaha saya bertahun-tahun atas sebab-sebab tertentu," kata  dzrs_official.

"Saya baca sampai habis. Yalah, semua yang Datuk kongsi ni semua bermanfaat. Semoga Datuk dan Datin sukses selalu dan doakan juga kami ni sukses juga, Amin," tulis watybisnies.

"Syukur alhamdullilah, kata semangat Datuk melekat. Insya-Allah saya penuhkan semangat, Datuk. Ada beberapa perkara yang saya tak tempuh lagi. Waktu sekarang saya jatuh sedikit," luah hezriis.

Sumber berita: Sinar Harian


tags : , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)