al capone gengster paling kejam dan terkenal dalam sejarah amerika syarikat

Botak Chin, Bentong Kali dan Mat Komando adalah antara gengster yang terkenal di Malaysia suatu ketika dahulu kerana keganasan dan kekejaman mereka. Di Amerika Syarikat, mereka ada Al Capone, seorang gengster yang sangat aktif di Chicago suatu ketika dahulu, terlibat dengan pelbagai kes pembunuhan sehingga memaksa kerajaan negara tersebut untuk campur tangan. 

Latar Belakang Al Capone a.k.a. Scarface

al capone ketika muda 68

Al Capone, atau nama sebenar Alphonse Capone, turut dikenali sebagai Scarface adalah seorang gengster yang paling terkenal di Amerika Syarikat, mendominasi jenayah terancang di Chicago sekitar tahun 1925 hingga 1931. Capone dilahirkan pada 17 Januari 1899 di Brooklyn, New York. 

Ibu bapa Capone adalah immigran yang berasal daripada Naples, Itali dan mereka berpindah ke Amerika pada tahun 1893. Capone adalah anak ke-4 daripada 9 orang adik beradik, dan membesar di Brooklyn. Dia bersekolah sehingga gred 6 sahaja, dan berhenti sekolah pada usia 14 tahun selepas memukul gurunya.

Al Capone Mula Terlibat Dengan Kumpulan Genster

al capone ketika remaja

Dia melakukan pelbagai jenis kerja untuk menyara diri, sebagai kerani kedai gula-gula, bowling pinboy (menyusung pin bowling), buruh di kilang pembuatan peluru, dan melakukan kerja-kerja bengkel. Dalam masa yang sama, dia turut menjadi ahli 2 kumpulan gengster remaja, iaitu South Brooklyn Rippers dan Forty Thieves Juniors.  Remaja-remaja nakal ini terkenal dengan aktivit vandalisme dan jenayah di sekitar New York pada waktu itu. 

Selain itu, ketika waktu sama, Capone juga turut menjadi ahli satu lagi kumpulan gengster yang lebih dewasa, iaitu geng James Street Boys, yang diketuai oleh Johnny Torrio, individu yang akhirnya menjadi mentor kepada Capone. Pada usia 16 tahun, Capone menyertai geng Five Points dan berperanan sebagai seorang bartender (pembuat air) di salun milik Francesco Ioele (sekutu Torrio, lebih dikenali sebagai Frankie Yale) di Harvard Inn. 

Al Capone Terlibat Dengan Pelbagai Jenayah Sejak Remaja 

al capone melakukan jenayah sejak remaja

al capone scarface

Walaupun belum mencecah umur 21 tahun, Capone telah terlibat dalam beberapa insiden ganas. Ketika sedang bekerja di Harvard Inn, seorang penjenayah agresif bernama Frank Galluccio telah menyerang Capone menggunakan sebilah pisau ke arah pipi kirinya selepas dia memburukkan adik perempuan Galluccio di hadapan khalayak ramai. Parut kesan daripada kejadian tersebut memberikannya gelaran 'Scarface', yang bermaksud muka berparut. 

Dalam sebuah kejadian lain, Capone telah menembak mati pemenang kepada sebuah permainan yang berlangsung di kawasan kejiranan tempat dia tinggal, kerana menurutnya, lelaki itu telah 'merompak' kemenangan tersebut daripadanya. Walaupun disoal siasat oleh polis, Capone tetap dibebaskan kerana tiada bukti kukuh dan saksi kepada pembunuhan tersebut. 

Selain insiden pembunuhan itu, Capone pernah menyerang seorang ahli kumpulan gengster White Hand, di mana dia membiarkan lelaki itu mati selepas memukulnya. Ketua gengster White Hand berjanji untuk membalas dendam terhadap Capone atas perbuatannya terhadap ahli kumpulan mereka. Demi menyelamatkan Capone, Frankie menghantar Capone, isteri dan anaknya yang masih kecil ke Chicago untuk bekerja bersama Torrio. 

Al Capone Berpindah Ke Chicago

al capone dengan isterinya mae

Torrio telah berpindah daripada New York ke Chicago sejak tahun 1909 lagi bagi membantu membantu perjalanan operasi perniagaan perjudian dan pelacuran di bawah bos gengster Chicago iaitu Big Jim Colosimo. Tidak lama selepas ketibaan Capone di bandar tersebut pada tahun 1919, Colosimo telah dibunuh. Terdapat teori konspirasi yang mengatakan bahawa dia telah dibunuh sama ada oleh Yale, atau Capone sendiri pada tahun 1920 bagi memberi jalan kepada Torrio untuk mengetahui perniagaan tersebut. 

Pada tahun sama kematian Colosimo, kerajaan Amerika Syarikat telah mengharamkan penghasilan dan penjualan minuman beralkohol di negara tersebut. Torrio kemudiannya mula menjalankan operasi bawah tanah (underground) bagi penghasilan dan penjualan arak mula berlaku dan membawa keuntungan yang lumayan. 

al capone bersama geng

Pada tahun 1923, Chicago melantik seorang datuk bandar baharu. Beliau berjanji untuk menghapuskan bandar tersebut daripada rasuah dan penyelewengan, dan hal ini mengancam operasi perniagaan Torrio dan Capone. Mereka terpaksa memindahkan tapak operasi mereka ke pinggir bandar.

Bagi memastikan perniagaan mereka dapat dijalankan dengan lancar, Torrio dan Capone melakukan ancaman pada hari pengundian pemilihan datuk bandar sesi 1924, memaksa pengundi untuk memilih calon datuk bandar mereka tersendiri, sebagai boneka. Ada di antara pengundi yang telah terkorban pada hari pengundian, dan polis terpaksa campur tangan, namun keduanya berjaya meloloskan diri. 

Al Capone Mengambil Alih Perniagaan Haram Daripada Torrio

al capone ketua gengster

Selepas percubaan untuk membunuhnya oleh musuh pada tahun 1925, Torrio membuat keputusan untuk meninggalkan perniagaan dan pulang ke Itali, menyerahkan keseluruhan operasi kepada Capone. Sebagai ketua gengster dan pemilik perniagaan, Scarface tidak mengendahkan nasihat mentornya untuk menjalani kehidupan secara low profile. Sebaliknya, dia memindahkan operasi mereka ke suite mewah di Metropole Hotel di pusat bandar Chicago. 

Dari situ, Capone mula mempamerkan kehidupan yang mewah kepada umum, berbelanja secara boros, namun membayar dengan wang tunai bagi mengelakkan sebarang tinggalan jejak terhadap siasatan. Beberapa akhbar menganggarkan bahawa operasi perniagaannya menjana pendapatan sebanyak $100 juta setahun. 

Para wartawan kerap melaporkan berita tentang Capone, dan dia berjaya mendapat simpati umum kerana personalitinya yang mesra dan pemurah. Ada yang menganggap Capone sebagai figura Robin Hood, yang mewakili rakyat bahawan. Walaubagaimanapun, beberapa tahun kemudiannya, nama Capone kerap kali dikaitkan dengan kekejaman dan keganasan, dan popularitinya hancur. 

Al Capone Membunuh Musuh Ketatnya

pembunuhan musuh ketat al capone

Pada tahun 1926, Capone telah mengarahkan orang bawahannya untuk membunuh 2 orang musuh ketatnya, salah seorang daripadanya dalah William McSwiggin. McSwiggin pernah cuba untuk membunuh Capone kerana sudah lama berdendam, namun percubaannya itu gagal. Kali ini, giliran Capone pula untuk membalas dendam, dan berjaya membunuh McSwiggin. 

Polis tidak mempunyai bukti dan saksi yang cukup untuk mengaitkan Capone dengan pembunuhan tersebut, namun sentimen rakyat mahu Capone dihukum serta merta dan kerajaan terpaksa melakukan sesuatu. Polis akhirnya menyerbu operasi perniagaan Capone, dan mengumpul dokumen untuk mendakwanya di mahkamah. Capone akur, dan bertemu dengan ketua kumpulan gengster yang lain, dan kesemua mereka bersetuju untuk berhenti melakukan keganasan. Namun, ianya hanya bertahan selama 2 bulan. 

Pembunuhan Beramai-Ramai Pada Hari Valentine

pembunuhan hari valentine geng moran

Ketika proses pendakwaan berjalan, Capone masih bebas menjalankan perniagaannya. Sehingga awal tahun 1929, Capone mendominasi perniagaan arak secara haram di Chicago. Seorang lagi musuh ketat Capone, iaitu Moran juga terlibat dalam perniagaan yang sama, dan dia pernah cuba untuk membunuh Torrio dan Capone, namun gagal. Kini, dia mempunyai sasaran baru, iaitu Jack McGurn, pembunuh upahan Capone. Capone dan McGurn membuat keputusan untuk membunuh Moran.

Pada 14 Februari 1929, orang bawahan McGurn mengumpan Moran dengan penjualan arak berkualiti pada harga yang sangat berpatutan dan mereka bersetuju untuk bertemu di sebuah gudang. Ketika tiba di sana, konco-konco Moran telah ditahan oleh sekumpulan 'polis', yang sebenarnya merupakan orang bawahan McGurn. 'Polis' tersebut mengarahkan mereka semua berpusing dan menghadap dinding, sebelum menembak mati kesemuanya. 

Moran berjaya meloloskan dirinya daripada dibunuh. Walaupun ketika kejadian Capone berada di rumahnya di Miami, orang awam dan media dengan segera menyalahkannya atas pembunuhan tersebut, dan menggelar Capone sebagai 'Musuh Nombor 1 Negara'. 

Bermulanya Proses Pendakwaan Al Capone

al capone didakwa

al capone dalam perbicaraan mahkamah

Sebagai respon kepada kejadian tersebut, Presiden Amerika Syarikat pada waktu itu, iaitu Herbert Hoover mengarahkan kerajaan persekutuan untuk campur tangan dalam usaha untuk mendakwa Capone. Walaupun sekali lagi tidak cukup bukti untuk mengaitkannya dengan pembunuh pada hari Valentine, kerajaan tetap berjaya mendakwa Capone kerana elak membayar cukai. 

Pada 5 Jun 1931, Capone telah didakwa atas 22 tuduhan sengaja mengelak membayar cukai pendapatan antara tahun 1925 hingga 1929. Pada 12 June tahun sama, Capone telah didakwa kerana konspirasi melanggar Prohibition Law (undang-undang yang mengharamkan penghasilam dan penjualan arak) antara tahun 1922 hinga 1931. Pada bulan Oktober 1931, Capone telah didapati bersalah atas 3 daripada 23 tuduhan, dan dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun serta denda $USD50,000.

hari hari akhir al capone

Capone menjalani hukuman penjara di Atlanta pada Mei 1932, sebelum dipindahkan ke penjara di Alcatraz pada Ogos 1934. Pada November 1939, Capone dimasukkan ke sebuah hospital mental kerana menghidapi demensia (pelupa), dan tinggal di sana selama 3 tahun berikutnya. Kesihatan Capone semakin lama semakin teruk, dan dia menghabiskan sisa hidupnya di Miami bersama isteri dan anak. Pada 25 Januari 1947, Capone meninggal dunia akibat serangan jantung. 

Sumber:

  1. history.com
  2. britannica.com

tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)