Oleh pada 31 May 2017 kategori

akhirnya terbongkar identiti sebenar kekasih nur sajat 1

Kredit foto: Instagram Nur Sajat 

Usahawan kosmetik, Nur Sajat sememangnya antara selebriti sensasi yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Pelbagai kontroversi melanda beliau - daripada isu jantinanya yang menjadi tanda tanya sehinggalah ke kontroversi digelar sebagai 'batu api' dalam pergaduhan antara pelakon Fasha Sandha dan Nora Danish.

Terkini, sekali lagi nama Sajat menjadi bahan bualan. Kali ini gara-gara beberapa keping foto yang dimuat naiknya ke laman Instagram - yang telah menimbulkan pertanyaan ramai.

Mana taknya, gambar-gambar tersebut menampakkan Sajat sedang berkepit dengan seorang lelaki yang didakwa sebagai buah hatinya. Apa yang menjadi persoalan adalah apabila wajah lelaki tersebut tidak dipaparkan.

akhirnya terbongkar identiti sebenar kekasih nur sajat 2

akhirnya terbongkar identiti sebenar kekasih nur sajat 3

Kredit foto: Instagram Nur Sajat 

Para pengikut Sajat tidak melepaskan peluang memenuhi ruangan komen sambil berteki-teki tentang jejaka misteri berbadan sado tersebut.

akhirnya terbongkar identiti sebenar kekasih nur sajat 4

Kredit foto: ohmymedia.cc 

Namun hasil penyiasatan pihak tertentu, akhirnya foto lelaki terbabit dibongkarkan dalam sebuah pendedahan. Sejauh mana kebenarannya tidak pula kami ketahui. Namun merujuk kepada warna dan corak baju yang dipakai lelaki ini sememangnya padan dengan lelaki yang berada dalam foto Sajat. Apapun kita nantikan saja kenyataan daripada Sajat nanti. 

akhirnya terbongkar identiti sebenar kekasih nur sajat 5

Kredit foto: ohmymedia.cc 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)