Oleh pada 02 Apr 2020 kategori

zarina anjoulie gosip

Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie

    

Pelakon Zarina Anjoulie Lavocah mengakui tidak tergugat dengan serangan beberapa selebriti tempatan terhadapnya di aplikasi Telegram.

Zarina, 33, yang lebih selesa dipanggil Anju berkata, tindakannya bersuara sebelum ini membabitkan perkara yang benar dan juga dibuat secara am.

“Bagi saya, siapa makan cili dia terasa pedas. Kedua, majoriti bersetuju apa yang saya cakap. Ketiga, beberapa individu lain dalam industri hiburan seperti Datuk Rizalman, Datuk Hans Issac, Zul Yahya dan pengarah, abang Mamat Khalid pun bercakap perkara sama.

“Kenapa tidak marah dan saman mereka? Takut tak ada tawaran kerja? Sebab itu saya cakap, mereka ini berniat jahat. Mereka nak tindas orang yang senang dipijak.

“Maaf, saya bukan Zarina 12 tahun lalu yang boleh ditindas. Kenapa apabila saya bersuara, semua nak takut? Semua nak buat laporan polis. Apa yang takut sangat dengan suara saya? Mereka lagi popular, buat apa nak risau,” katanya kepada portal Harian Metro.

Mengenai laporan polis Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) terhadapnya, pelakon Anak Pontianak itu menegaskan bahawa dia tidak berbuat perkara salah.

Sebaliknya, Zarina menganggap tindakan segelintir penggiat seni mengutuknya sebagaimana isi kandungan dalam kumpulan Telegram yang tersebar itu adalah salah.

    

Baca: Biodata Pelakon Zarina Anjoulie 

       

zarina anjoulie 17

Kredit foto: Instagram Zarina Anjoulie

    

“Seniman kata saya racun rakyat. Tapi, apabila mereka minta semua buat laporan terhadap saya, bukankah itu menghasut? Lagipun, ramai orang sudah memang bercakap perkara ini sebelum saya cakap lagi. Apa yang mereka nak merepek dan tak boleh terima? Dalam keadaan sekarang, mereka patut diam saja.

“Mereka kutuk dan hina saya dan rancang nak saman. Saya sudah tahu dari awal sebab ada yang beritahu. Apabila saya tularkan, mana saman yang kata nak saman saya. Tapi senyap, sebab saya boleh saman malu.

“Kalau ikutkan, saya yang patut buat laporan polis dan saman. Sebab mereka sudah fitnah dan malukan saya,” katanya.

Dalam pada itu, ujar Zarina, tiada keperluan buatnya untuk mengemukakan sebarang permohonan maaf.

“Saya takkan minta maaf. Kenapa pula saya yang kena minta maaf. Yang kutuk dan hina saya, saya patut saman mereka, selepas itu suruh saya minta maaf. Masuk akal tak?

“Seperti yang saya beritahu, apa saya cakap tak salah. Cuma satu pesan saya, kalau betul nak tolong artis veteran dan pekerja belakang tabir yang memerlukan, alhamdulillah. Sebab apabila orang cakap nak buat benda baik, kita kena fikir positif,” katanya.

Terdahulu, paparan skrin perbualan dalam kumpulan Telegram yang melibatkan golongan artis menjadi tular dan mereka dikatakan telah mengecam Zarina kerana video yang dikongsi aktres itu di Instagram.

Kandungan mesej itu turut memperlihatkan para netizen diperlekehkan dan digelar dengan kata-kata hinaan menerusi panggilan lembu, IQ (tahap penikiran) rendah dan banyak lagi.

    

Sumber berita: 'Siapa makan cili, dia terasa pedas' - Zarina Anjoulie

    



Hakcipta iluminasi.com (2017)