aishah pula jadi mangsa berita palsu

Kredit foto: Instagram @aishahjmm

Baru-baru ini, penyanyi Aishah pula dikaitkan dengan berita palsu apabila menjadi mangsa fitnah melibatkan isu politik. 

"Penyanyi Aishah kesal sikap pembangkang yang cuma pandai berdolak dalek. Mahu sertai Umno semula. Apa komen anda?," tulis pengguna Facebook bernama Mohd Asri bin Hussin.

aishah pula jadi mangsa berita palsu 3

Kredit foto: Instagram @aishahjmm

Menerusi Instagram, Aishah yang berang dengan perkara itu kemudian memberi amaran kepada lelaki tersebut. 

"Banyak duit agaknya mamat ni sesuka hati sahaja buat kenyataan palsu. Awal tahun lagi sudah ada syarikat cari pasal buat testimoni palsu perlu bayar ganti rugi.

"Mungkinkah lelaki ini akan jadi pihak kedua yang kena berhabisan duit untuk bayar pampasan. Berita palsu begini sangat merbahaya dan boleh merosakkan reputasi saya.

"Jadi selagi nama tertera di atas tidak membuat apa-apa kenyataan sebaliknya saya anggap ini penyebaran berita palsu dan tindakan susulan akan diambil.

"Saya tak sokong penyamun-penyamun duit rakyat. Sendiri mahu faham," tulis Aishah pula.

Kenyataan itu ternyata cuba menjatuhkan nama pelantun lagu Janji Manismu itu baik dalam bidang politik mahupun industri hiburan.

Untuk makluman, pembentangan undang-undang baru melibatkan berita palsu telah diumumkan baru-baru ini.

Sumber berita: Forum CARI & Instagram Aishah


tags : , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)