ramai terkejut penyanyi aishah sudah kurus 2

Kredit foto: Instagram Aishah

Sejak menjalani pembedahan Bariatrik pada 27 Februari lalu, juara Gegar Vaganza musim keempat, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah mendedahkan berat badannya telahpun susut sebanyak 20 kilogram!

Pembedahan Bariatrik merupakan inisiatif buat mereka yang mahu menangani isu kegemukan berlebihan atau obesiti secara selamat.

“Dulu berat saya 110 kilogram menyebabkan banyak masalah kesihatan seperti darah tinggi dan diabetis, malah apabila menyanyi pun jadi penat.

“Minggu pertama selepas pembedahan, berat badan turun mendadak lebih dua kilogram sebab saya turut mengamalkan diet lembut,” katanya yang ditemui di majlis berbuka puasa dan pelancaran poster filem Kalla .

Terus bercerita, Aishah mengakui selepas pembedahan itu, dia sudah tidak mampu lagi makan dalam kuantiti yang banyak kerana mula berasa kenyang seawal dua ke tiga suap.

Selain itu, Aishah juga mendedahkan dia tidak dibenarkan minum menggunakan straw kerana berisiko mendapat kembali komplikasi gastrik akibat daripada gelembung udara yang memasuki saluran perut.

Berkongsi berita gembira, penyanyi Janji Manismu itu memberitahu, apabila dia tidak mengambil jumlah makanan yang banyak, ia sekaligus mengurangkan bajet makanan selain dia juga mampu mengenakan kembali pakaian 10 tahun lalu.

ramai terkejut penyanyi aishah sudah kurus 1

Kredit foto: Instagram Aishah

“Dulu tengok baju-baju lama, saya hanya mampu pandang sahaja dan terfikir bilalah boleh pakai semula.

“Sekarang ini, syukur semua baju yang pernah dibeli beberapa tahun dulu sudah boleh dipakai, jimat sikit belanja,” katanya sambil ketawa.

Antara lain, beliau dapat mengatasi masalah pernafasan ketika menyanyi di pentas, termasuk sakit kaki yang dialami pula semakin pulih.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)