Kredit foto: Instagram Aishah & opsstest.blogspot.my

Kerana tampil dengan persembahan memukau di konsert separuh akhir musim keempat Gegar Vaganza (GV4), Datuk Ramli MS selaku juri telah memberi 'tiket' awal kepada Aishah untuk berdiri di pentas akhir program itu.

Aishah beraksi penuh bertenaga bersama lontaran vokal nada tinggi menerusi lagu River Deep Mountain High dendangan asal Tina Tuner. 

ini kenyataan mengejutkan ramli ms untuk aishah 2

Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

"Aishah adalah anak seni dan penyanyi yang tulen. Kamu naik ke pentas untuk menyanyi tanpa memikirkan perkara lain.

"Biarpun pada usia sekarang, Aishah mampu ke depan meninggalkan penyanyi lain," komen Ramli MS dalam kenyataannya selepas persembahan Aishah, malam tadi.

Tambahnya, penyanyi Kemaafan Dendam Yang Terindah itu mempunyai keupayaan vokal setaraf Celine Dion dan nadanya mencapai hingga ke key 'G Sharp'.

Aishah yang turut mempertaruhkan lagu Keranamu Kekasih di konsert ketujuh itu diumumkan antara finalis yang bakal berentap di pusingan akhir minggu hadapan.

Lima lagi saingannya untuk merebut trofi juara ialah Hazami, Liza Hanim, Tia Jinbara, Lan Solo dan Firman.

Konsert GV4 ke udara setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Sumber berita: BH Online




Hakcipta iluminasi.com (2017)