Kredit: Instagram @ctdk@galeriariani & @vivomalaysia

Menerusi kemaskini di Instagram semalam, penyanyi Siti Nurhaliza telah berkongsi tentang berita palsu melibatkannya setelah beberapa selebriti yang turut menerima nasib sama sebelum ini.

"Ingatkan waktu berpantang, bolehlah berehat. Tapi tak mengapa, saya perlu jelaskan sesuatu supaya tidak ada orang yang keliru dengan berita palsu ini.

"Berita palsu ini terdapat di dalam sebuah blog dengan tajuk lain tetapi apabila kita klik pautan yang berkenaan, akan keluar berita yang memaparkan wajah saya dengan ejaan nama Sita Nurhaliza.

"Saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya berita tersebut (jika dirujuk pada saya). Saya tidak ada kena mengena dengan berita palsu tersebut," tulisnya.

siti nurhaliza mangsa terbaru berita palsu 1

Kredit foto: Instagram @ctdk

Selain itu, beliau juga tidak mengetahui punca pihak tersebut mencetuskan kekeliruan masyarakat tentang kebenaran berita berkenaan.

"Saya berharap agar pihak yang membuat berita palsu ini segera memadamkan wajah dan nama saya sepertimana yang tertera dalam petikan di blog tersebut.

"Jika perkara ini berlanjutan, saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya yang diperuntukkan di bawah undang-undang yang berkaitan," tulisnya lagi.

Menerusi kiriman itu, Siti Nurhaliza dikatakan telah disaman oleh kerajaan kerana terlibat dengan pelaburan haram. Beliau dituduh mengggunakan maklumat secara haram untuk mengaut jutaan ringgit.

Malah, penyanyi itu turut dikatakan berhadapan dengan sejumlah denda yang besar dan kemungkinan diharamkan.

Sumber: Instagram Siti Nurhaliza




Hakcipta iluminasi.com (2017)