Kredit foto: Instagram Gegar Vaganza

Penyanyi Aishah menyelar tindakan seorang individu yang mengecamnya menggunakan kata-kata kesat menerusi profil Facebook 'Ustazah Hamidah'.

Aishah berkata, dia berharap individu yang berselindung di sebalik nama ‘Ustazah Hamidah’ itu mendapat hidayah daripada Allah.

aishah dedah dimaki ustazah hamidah 3

Kredit foto: Facebook Aishah

Pun begitu, menerusi ruangan komen, para peminat berharap Aishah tidak mengendahkan cubaan 'Ustazah Hamidah' untuk menjatuhkan semangatnya.

Malah mereka sedar individu tidak bertanggungjawab itu hanya menggunakan nama samaran palsu untuk merosakkan reputasi Aishah.

"Itu akaun palsu Kak Chah. Dia berselindung di sebalik profil Ustazah Hamidah dan mengutuk orang ikut sedap kepala bapak dia," tulis @Syukri Nor.

"Peduli kan dia, kak. Teruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza 4," pujuk @Ida Dadidu.

Sementara itu, Aishah tidak berdiam diri, sebaliknya mencabar ‘Ustazah Hamidah’ untuk tampil bersemuka dengannya.

Malah Aishah dengan tegasnya berkata, dia tidak akan mengampunkan setiap cacian yang dilontarkan ‘Ustazah Hamidah’ terhadapnya.

aishah dedah dimaki ustazah hamidah 2

Kredit foto: Facebook Aishah

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)