ais krim magnum

Pada zaman media sosial sekarang, sesuatu informasi atau berita sangat mudah tersebar. Malangnya, tidak ramai yang mahu menyelidik sesuatu info yang dikongsi sama ada ianya benar atau hanya sekadar fitnah.

Antara isu yang seringkali tersebar luas di media sosial terutamanya WhatsApp adalah status halal sesuatu makanan. Dalam sesetengah kes, ada pemilik produk yang terpaksa menanggung kerujian berjuta ringgit akibat tersebarnya fitnah yang mengatakan produk mereka tidak halal.

BESARKAN TEKS     A-  A+

magnum ice cream

Antara yang menjadi mangsa adalah ais krim Magnum. Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan ini, pihak JAKIM telah memberikan penjelasan mengenai status halal produk ini.

10 JamadilAwwal 1438 H / 06 Februari 2017 M

Status halal aiskrim Magnum

Soalan : Adakah Ais Krim Magnum memiliki Sijil Pengesahan Halal?

Jawapan : Untuk makluman, Ice Cream Magnum mempunyai Sijil Pengesahan Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM iaitu Majelis Ulama Indonesia (MUI) dan The Central Islamic Committee of Thailand (CICOT).

Selaku agensi pensijilan halal, saranan pihak kami utamakanlah produk ais krim yang mempunyai Sijil Pengesahan/Logo Halal Malaysia atau Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM.

Ianya bukan sahaja dijamin halal, malahan toyyiban iaitu suci, bersih, selamat dan mengikut standard serta garis panduan halal yang telah ditetapkan.

Untuk mengetahui logo halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar myJakim.

magnum mini

Di harap penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan yang timbul.

Penafian: Kami sama sekali tidak bermaksud untuk mempromosi ais krim Magnum. Artikel ini ditulis atas rasa tanggungjawab kepada rakyat Malaysia.




Hakcipta iluminasi.com (2017)