Tidak lama dulu, aiskrim berperisa nasi lemak menjadi tular selepas diperkenalkan. Ia bukan sahaja menggamit kenangan sewaktu kecil ketika makan aiskrim beramai-ramai bersama kawan, malah ia juga mempunyai rasa asli makanan terkenal negara kita.

aiskrim nasi lemak

Semasa kita kecil, kita hanya nampak 3 atau 4 perisa aiskrim sahaja. Tapi kini, dengan kecanggihan teknologi dan minda usahawan yang kreatif, semakin banyak perisa aiskrim yang eksotik dan pelik diperkenalkan.

Kami telah berkongsi info berkenaan aiskrim dalam kon yang sangat mahal baru-baru ini. Kali ini, kami ingin kongsikan 7 perisa aiskrim yang bunyi macam kombinasi aneh tapi membuatkan rasa ingin tahu menebal dalam diri:

#1 Sumsum tulang dan ceri manis

sumsum tulang aiskrim ceri

Kedai Salt & Straw di Oregon, Amerika Syarikat sedang mencari inspirasi untuk mencipta perisa aiskrim baru. Mereka kemudian membakar sumsum tulang dan mencampurkan ceri manis yang telah disalai dengan bunga lawang, jintan dan sirap bourbon. Maka terciptalah perisa baru yang agak pelik tapi menyelerakan ini.

#2 Kopi Vietnam, Kari Mentega Kacang dan Almond Bersalut

aiskrim kopi kari dan mentega kacang

Diperbuat daripada Kopi Vietnam Blue Bottle, para pekerja Humphry Slocombe di San Francisco kemudian menambah kari pedas, mentega kacang dan kacang almond yang dijadikan halwa untuk kerangupan sebelum dibekukan.

#3 Lobster

aiskrim lobster udang kara pelik

Kedai Ben & Bill di Maine, Amerika Syarikat mencipta aiskrim berperisa udang kara ini mungkin kerana belum ada orang yang pernah mencuba. Mereka menghiris kasar daging udang kara yang telah dimasak, digaul dengan mentega sebelum dicampurkan ke dalam bancuhan aiskrim. Rancangan Food Network dan the Today Show telah membuat sorotan episod istimewa tentang perisa aiskrim yang unik dan terlalu sedap ini.

#4 Foie gras dan telur ikan kaviar

aiskrim mewah foie gras caviar

Aiskrim yang berasal dari Perancis ini dicipta oleh pembuat aiskrim gourmet bernama Philippe Faur. Untuk pengetahuan anda, foie gras merupakan makanan mewah Perancis yang diperbuat daripada hati itik yang berlemak. Caviar pula merupakan satu lagi makanan mewah iaitu telur ikan yang telah diawet dengan garam. Apalah agaknya rasa aiskrim yang mengandungi kedua-dua bahan ini kan?

#5 Coklat dan wasabi

aiskrim coklat wasabi

Sebuah kedai aiskrim di Texas mencampurkan krim manis dengan coklat pahit Belgium, serbuk koko dan wasabi. Wasabi merupakan sejenis lobak pedas yang sering digunakan sebagai bahan sampingan sushi dan makanan Jepun yang lain. Jadi, aiskrim ciptaan Amy's Ice Cream ini mempunyai rasa pedas, sejuk, manis dan pahit pada masa yang sama. 

#6 Kari Lobak Merah

kari lobak merah aiskrim

Lagi satu ciptaan aiskrim mengandungi unsur kari. Jika anak anda sukar makan sayur, boleh cuba makan aiskrim ini. Ia diperbuat menggunakan krim, susu segar, santan, kari, kuning telur, gula perang dan rempah ratus.

#7 Sotong kurita

aiskrim perisa sotong kurita

Orang Jepun memang terkenal dengan ciptaan aneh serta makanan pelik mereka. Mungkin ini adalah salah satunya. Siapa sangka seekor sotong boleh dimasukkan ke dalam aiskrim begitu sahaja. Boleh terjual laku pula.

Apakah perisa aiskrim paling pelik yang anda pernah makan?


tags : , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)