Kredit foto: Twitter Adibah Noor & Mstar
Penyanyi Adibah Noor kecewa dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai dirinya di laman Facebook baru-baru ini.
Menurut Adibah, dia mengetahui perkara itu selepas menerima kiriman 'messenger' daripada peminat yang bertanya untuk kepastian.
Jelasnya, dia tidak mempunyai perancangan membuka butik pakaian dalam sebagaimana yang didakwa.
Saya diberitahu sudah ada beberapa orang terpedaya dengan 'scammer' atau penipu terbabit yang dikatakan mencari model untuk butiknya. Individu itu mengaku dirinya adalah 'Adibah Noor' yang kononnya sudah malas hendak berlakon lagi dan berhasrat membuka butik menjual pakaian dalam. Pengikut saya mula mengesyaki ada yang tidak kena dengan perbualan penipu itu di Facebook kerana dia menggunakan perkataan seperti 'yunk' yang biasanya digunakan remaja. Ia sangat berbeza dengan personaliti saya yang sebenar.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Twitter Adibah Noor
Bagaimanapun penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu tidak mengambil ringan isu berkenaan dengan harapan ia dapat ditangani untuk membanteras sebarang penipuan di masa akan datang.
Malah dia sedar ramai lagi pihak yang menjadi mangsa sepertinya terutamanya golongan selebriti hingga melibatkan wang ringgit dan isu keselamatan.
Saya baru kena sikit saja. Bayangkan jika ada orang lain yang mungkin kerugian wang ringgit atau membahayakan keselamatan dan sebagainya.
Sumber: Harian Metro
Dalam pada itu, Adibah akui ini bukanlah kali pertama namanya dilibatkan dalam penipuan di alam maya.
Namun kali ini bentuk penipuan yang dibuat agak berbeza hingga memaksanya bersuara.
Mungkin kejadian seperti ini sudah lumrah di media sosial dan ramai lagi selebriti yang pernah berdepan kes sama. Kalau anda tengok banyak akaun yang menggunakan nama saya di Facebook sebelum ini tetapi kali ini penipu itu sudah berani menyamar menjadi diri saya hingga pada tahap sedemikian pula.
Sumber: Harian Metro
Kredit foto: Twitter Adibah Noor