Oleh pada 22 Apr 2020 kategori

Bagi anda yang memabca artikel ini, anda harus bersyukur kerana diberi peluang untuk sekali lagi menikmati bulan yang sangat ditunggu-tunggu, iaitu bulan Ramadhan.

Semua umat Islam di seluruh dunia ketika ini tidak sabar untuk berpuasa.

Walaupun solat tarawih berjemaah di surau dan masjid tidak dibenarkan dan aktiviti penjualan di bazaar Ramadhan tidak dibenarkan, ia tidak memudarkan rasa keterujaan dalam hati kita semua.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan ketika ini pandemik COVID-19 yang meragut beratus-ratus ribu nyawa di seluruh dunia masih berleluasa, termasuklah di negara kita.

ujian saringan covid 19 124

Ujian-ujian bagi mengesan penyakit ini masih aktif dilakukan (Nasopharyngeal Dan Oropharyngeal Swab)  dan proses melakukannya memerlukan sesuatu di masukkan ke dalam rongga hidung.

Nasopharyngeal swab dan Oropahryngeal swab adalah dua kaedah saringan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menentukan seseorang itu dijangkiti COVID-19, berdasarkan Garis Panduan Pengurusan COVID-19.

Alat swab yang dimasukkan melalui rongga hidung sehinggalah ke kawasan nasopharynx dikenali sebagai Nasopharyngeal swab.

nasopharyngeal swab

(Nasopharyngeal swab)

Bagi kanak-kanak, alat swan tersebut dimasukkan pada kedalaman sekitar 4.8 sentimeter dan 8 hingga 12 sentimeter bagi orang dewasa.

Ia dilakukan untuk mengambil sampel mukus individu.

Oropharyngeal swab pula dilakukan dengan memasukkan alat swab ke dalam mulut hingga ia mencapai kawasan di belakang anak tekak yang dikenali sebagai oropharynx.

Tujuannya juga untuk mengambil sampel mukus.

anatomi oropharynx

Jadi, kedua-dua kaedah bagi menentukan pesakit positif COVID-19 ini menimbulkan persoalan sama ada ia akan membatalkan puasa atau tidak.

Ini kerana ramai yang beranggapan bahawa ia membatalkan puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga pada kedalaman yang sepatutnya membatalkan puasa, dengan sengaja.

Menurut Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis melalui Profesor Madya Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, setelah meneliti dalil-dalil yang dikemukakan secara perbandingan, badan ini mentajrihkan pendapat (memilih pendapat yang lebih kuat), iaitu mengatakan bahawa ujian saringan COVID-19 melalui kedua-dua kaedah swab ini sebagai TIDAK MEMBATALKAN PUASA.

Hukum ini dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis berdasarkan hujah dan alasan seperti berikut:

1. Bukan gambaran dan makna makan serta minum

adakah ujian saringan covid 19 batalkan puasa

Ujian saringan melalui Oropharyngeal swab dan Nasopharyngeal swab yang dilakukan ini sebenarnya tidak membawa gambaran dan makna bahawa seseorang itu makan atau minum, yang mana menjadi sebab kepada batalnya puasa, dengan ijmak ulama.

Jadi dengan ini, puasa yang sah secara yakin tidaklah boleh dianggap batal hanya dengan sesuatu yang syak atau hanya dengan sekadar andaian.

2. Masuk tapi tidak kekal di dalam

uqasha senrose lakukan ujian saringan covid 19 970

Terdapat perbezaan pendapat yang luas dalam kalangan ulama mazhab yang timbul apabila berkaitan dengan isu menjadikan memasukkan sesuatu ke dalam al-Jauh (rongga dalam) sebagai alasan pembatalan puasa.

Pandangan yang ditajrihkan iaitu ujian swab seperti yang diterangkan di atas tidak membatalkan puasa, bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama mazhab Hanafi.

Ini kerana para ulama ini mensyaratkan bahawa sesuatu yang masuk ke dalam al-Jauh mestilah sesuatu yang kekal berada di dalamnya, serta tidak bersambung dengan sesuatu yang lain yang terdapat di luar badan.

3. Dibandingkan dengan teknik perubatan lain

ujian saringan covid 19 tak batalkan puasa

Malah, al-Majma' al-Fighi al_islam dalam majalah al-Majma', 10/ 453-455 juga telah menyenaraikan berkenaan dengan beberapa masalah perubatan yang tidak membatalkan puasa, sebagai sokongan tambahan kepada pendapat ini.

Ia termasuklah "memasukkan gastroscope iaitu teropong perut, ke dalam perut tanpa sebarang bendalir atau seumpama dengannya".

Maka jika diteliti, ujian saringan swab yang hanya melibatkan proses memasukkan alatan swab ke dalam rongga mulut atau hidung bagi mengambil sampul yang diperlikan dan kemudian dikeluarkan semula, juga tidak menyebabkan puasa seseorang itu batal.

Selain itu, Majlis Fatwa Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyatakan bahawa umat Islan tidak perlu mengelak daripada membuat ujian COVID-19 kerana takut puasa mereka akan terbatal.

Menurut majlis Fatwa ini, melakukan ujian novel coronavirus yang melibatkan swab ke dalam hidung tidak membatalkan puasa.

Malah, mereka yang mempunyai gejala-gejala COVID-19 juga boleh memilih untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, menurut Majlis Fatwa UAE.

Rujukan:

1. Jabatan Mufti Negeri Perlis

2. Facebook Dr. Kamilin Jamilin

3. Khaleej Times




Hakcipta iluminasi.com (2017)