Oleh pada 15 Nov 2020 kategori

adakah panjang tangan berikan kelebihan dalam gusti lengan

Setiap kali jika diajak gusti lengan, pasti ada yang dituduh mempunyai kelebihan kerana mereka mempunyai lengan yang lebih panjang atau lebih pendek.

Dakwaannya adalah bahawa jangkauan mereka yang lebih pendek atau lebih jauh membolehkan mereka menggunakan kekuatan dengan lebih berkesan.

Ini dikatakan dapat membuatkan seseorang itu menjadi lebih kuat dalam sukan ini.

Namun, adakah ia benar?

Adakah orang yang mempunyai lengan yang lebih pendek atau lebih panjang, mempunyai kelebihan dalam gusti lengan?

Apa itu gusti lengan

apa itu gusti lengan

Gusti lengan adalah sukan yang agak ringkas, di mana 2 peserta meletakkan salah satu lengannya di atas satu permukaan dengan siku dibengkokkan dan menyentuh permukaan.

Sambil mencengkam tangan pihak lawan, mereka cuba untuk memaksa atau menyisipkan lengan lawan ke permukaan.

Siapa yang terlebih dahulu berbuat demikian, dianggap sebagai pemenang.

Walaupun permainan ini agak mudah, namun mekanisme yang menentukan sejauh mana prestasi seseorang adalah sebaliknya.

Banyak faktor yang memainkan peranan dalam menentukan kejayaan dalam gusti lengan.

Dua faktor utama adalah kekuatan lengan dan teknik.

Manakala faktor-faktor kecil yang mempengaruhi adalah seperti panjang lengan, ketumpatan otot, saiz tangan, ketahanan pergelangan tangan dan fleksibiliti.

Faktor-faktor ini menjadi lebih penting jika kedua-dua peserta mempunyai kekuatan yang sama.

Apabila 2 orang mempunyai kekuatan dan teknik yang sama, faktor-faktor kecil memainkan peranan yang lebih penting.

Adakah panjang lengan memberi kelebihan?

juara gusti lengan

Jawapannya adalah ya, dan tidak. 

Jika semua faktor adalah sama, maka orang yang memiliki lengan yang lebih pendek mempunyai kelebihan.

Ini diterangkan oleh fizik, iaitu semakin jauh jarak dari titik pangsi (siku), semakin banyak daya atau 'kekuatan' lengan harus diagihkan sama rata sepanjang panjangnya.

Namun adalah penting untuk kita ketahui iaitu ia memberikan kelebihan yang sangat sedikit.

Cara berdiri, ketumpatan otot, otot penstabil, otot bahu, serta tempat di mana tendon dan serat otot tertentu melekat pada tulang adalah lebih penting.

Perkara ini adalah sebab mengapa primata seperti monyet pada umumnya jauh lebih kuat daripada manusia walaupun saiznya adalah lebih kecil.

Gusti lengan bukan hanyalah fungsi satu otot tunggal, tetapi keseluruhan rantai kinematik yang terdiri daripada batang badan, lengan dan anggota bawah badan.

Jika terdapat satu bahagian ini yang lemah, ia akan membuatkan seseorang itu lemah dalam sukan ini. 

Faktor terpenting dalam gusti lengan

Selain daripada kekuatan lengan, teknik merupakan aset terpenting bagi ahli gusti lengan.

Contoh teknik unggul adalah oleh Jason Vale, yang memenangi Kejuaraan Dunia Petaluma 1997 ketika bertanding di kelas kelas berat super. Dia memenangi kejuaraan tersebut walaupun beratnya hanyalah 79 kilogram.

Jason menggunakan "strap technique" yang membolehkannya menjatuhkan lawan yang lebih besar dan mengambil kesempatan semasa lawannya semakin lemah.

Teknik popular lain termasuk "the top roll”, yang menurunkan pergelangan tangan lawan, "the hook", yang memaut pergelangan tangan anda di sekitar lawan, dan menghalang kekuatan mereka.

Terdapat juga teknik "shoulder press", "shoulder roll" and "the tricep press".

Ahli gusti lengan yang kompetitif akan menggunakan setiap teknik yang mereka tahu dan menggunakannya secara tidak menentu serta sporadis untuk mengejutkan lawan.

Yang lain hanya menggunakan genetik sebagai kelebihan.

Sebagai contoh, ahli gusti lengan Jerman iaitu Matthias Schlitte dilahirkan dengan masalah tulang yang menyebabkan lengan kanannya menjadi dua kali lebih besar daripada lengan kirinya dengan ukur lilit 18 inci.

Menggunakan kelebihan tangan "Popeye" nya, Matthias berjaya menjadi juara gusti lengan.

Rujukan:

1. Men's Health

2. Let's Talk Science

3. Bull Dog Sports



Hakcipta iluminasi.com (2017)